School Dayyan buat Sports Day pada 16 Jun bersamaan 12 Syawal? Sekali dengan sambutan raya ke? Ini persoalan yang bermain dalam kepala aku sebaik sahaja mendapat tahu pengesahan daripada pihak pengurusan Little Caliph. Septutnya, Sports Day 2019 diadakan sebelum bulan Ramadan tetapi atas sebab-sebab tertentu, mereka terpaksa menangguhkan sehingga selepas raya.
Pada awalnya, aku kurang bersetuju. Ye la, minggu ke-2 Syawal, pastinya banyak jemputan rumah terbuka daripada saudara-mara dan sahabat handai lain. Bila difikirkan balik, mungkin ini tarikh yang paling mereka ‘available’. Dan pada aku, sebagai ibu bapa, wajib aku hadir tanda sokongan moral kepada Dayyan. Walaupun Sports Day diorang ni nampak satu acara yang kecil, tapi mungkin dari sini, Dayyan akan menjadi atlet negara mewakilik Malaysia dalam Sukan Olimpik 2028. Siapa tahu kan?
Pada tahun ini, Little Caliph The Strand & Little Caliph Cyberjaya bergabung tenaga menganjurkan Sports Day yang diadakan di Stadium Matsushita Shah Alam. Acara diadakan di dalam dewan, bukan padang bola sepak yang terbuka tu. Ye la, peserta-peserta kan masih kecil (4,5,6 tahun), mestilah nak kena di dalam kawasan tertutup. Cian diorang panas nanti.
Dewan ni pun besar dan selesa. Pendaftaran dimulakan seawal jam 8 pagi. Ikutkan jadual, perasmian Sports Day ini akan diadakan pada jam 8.30 pagi. Malangnya, terlewat lebih kurang setengah jam lebih. Mujurlah telatah anak-anak di tengak dewan mampu menghilangkan bosan ibu bapa yang menunggu.
![]() |
| Dayyan, team Snake..sss.sss |
Dayyan dalam tim SNAKE. Baju sukan, tali kepala dan perhiasan pintu gerbang tim diorang semuanya warna hijau. Aku ingatkan hijau tu warna untuk tim katak. haha..Bila tengok maskot diorang, baru aku tahu tu adalah tim Snake. Sorry bang!
Dipendekkan cerita, selepas upacara perasmian, acara dimulakan dengan peringkat umur 4 tahun. Kemudian, diteruskan dengan acara sukan untuk anak berusia 5 tahun. Then, barulah acara untuk anak berusia 6 tahun. Jadi, aku terpaksa menunggu lebih kurang jam 11.30 pagi barulah boleh tengok Dayyan beraksi.
Acara apa yang Dayyan join?
Lari dalam guni, kemudian kena bawa bola ping-pong dalam sudu sambil meniti titian kecil, seterusnya lari mengatasi halangan “hoop hoop horey!” dan terakhir, kena susun “puzzle”..
Nampak macam simple je acara ni kan, tapi percayalah, ibu bapa bersorak seperti menonton perlawana akhir badminton di Sukan Olimpik Tokyo 2020! haha..pecah suara hoi. Penat aku suh Dayyan lari dalam guni laju-laju tapi dia steady je. Mungkin dia fikir, apahal pendek sangat jarak tu. Cuma aku kagum tang susun puzzle. Dah hari-hari dia dok main susun puzzle yang kepingan kecil, takat puzzle 9X9 apalah sangat kan.
Tiga kali jugalah Dayyan dok ulang-alik dalam acara ni. Setengah jam gak hoi kami dok menjerit. Bila tanya Dayyan penat ke tak. Dia jawab “Tak!”..haha..
Yang seronoknya, walaupun ini dikatakan satu ‘pertandingan’ tapi tak nampak pun wajah ‘stress’ mereka dalam bersaing. Jiawa anak-anak yang bersih, tiada rasa iri hati dalam bersaing. Tu yang bestnya. Mereka bertanding dalam suasana yang sihat.
Memandangkan kami ada jemputan rumah terbuka yang perlu dihadiri, sebaik sahaja selesai acara, terus kami keluar dewan tanpa menunggu keputusan rasmi. Takpelah, janji Dayyan dan seronok bermain dan bergaul dengan kawan-kawan lain.
Selepas 2 hari, baru aku tahu yang tim diorang dalam gold medal. Huhu!
![]() |
| BFF Dayyan di LC The Strand Kota Damansara |




No comments:
Post a Comment