Dark Ride
Hampir sejam juga la kami beratur sebelum tiba giliran kami untuk menaiki Dark Ride. Dark Rider? Ye, ianya sebuah kenderaan yang akan membawa pengunjung melalui persekitaran gelap ke ruang pameran pertama di Petrosains. Katanya Dark Ride seperti ini merupakan satu-satunya yang ada di Malaysia. Reka bentuk Dark Ride seakan-akan titisan minyak. Dark Ride ni akan membawa rider meneroka alam fauna, gunung-ganang dan hidupan air di Malaysia.
Space
Dalam Petrosains ni, ada beberapa station atau ruang pameran berilmiah untuk penerokaan anak-anak. Banyak ilmu yang aku rasa bukan sahaja baru kepada anak-anak, tetapi juga kepada ibu ayah. Ruang pertama yang kami jumpa sebaik keluar daripada Dark Ride ialah Space. Ruang pameran di sini menjurus kepada ilmu sains angkasa lepas dan teknologi terkini yang digunakan untuk ke sana.
Serius, bukan Dayyan dan Danish je teruja, bapak diorang pun sama je. haha..biasa tengok dalam Star Wars je kan.
Di SPACE, korang boleh tahu macam mana seorang angkasawan bekerja di International Space Station (ISS). Siap boleh cuba sut yang digunakan oleh mereka. Aku paling tertarik dengan Mars Rover yang digunakan untuk penerokaan mencari hidupan lain di planet-planet lain.
Geotime Diodrama
Kemudian, kami teruskan pengembaraan ke ruangan Geotime Diodrama. Seakan-akan di bawa ke zaman purba, dewan pameran ini menceritakan tentang hidupan 200 juta tahun lepas. Zaman di mana kebanyakan petroleum dan minyak mentah mulai terhasil. Fosil-fosil dan telur dinosaur turut dipamerkan di sini. Dan semestinya ia tidak asil..haha.
Ini memang tempat kegemaran Dayyan dan Danish. Mana taknyer, mula-mula masuk dah bertentang mata dengan dinosaur. Pelbagai spesis dinosaur ada kat dalam ni. Nak tahu tentang bagaimana minyak mentah terhasil juga boleh didapati di sini.
SPARKS
Seterusnya, Dayyan Danish semakin teruja sebaik tiba di ruana SPARKS. Aktiviti pertama yang menarik perhatian diorang ialah memandu jentera pengaut atau ‘kung-kang’ (nama ni Dayyan panggil sejak dia kecil lagi..) Tapi disebabkan ‘Q’ yang panjang, aku minta Dayyan & Danish mengemudikan jentera ini bersama. Comel la plak dua pekerja cilik ni buat ‘hal.
Di ruang SPARKS juga, ada pelbagai aktiviti sains yang dah biasa kita jumpa dan juga tak pernah pun aku tahu. Ada juga aku sendiri pun tak terfikir tentang ilmu itu. Rasanya semua aktiviti di sini telah dicuba oleh Dayyan Danish. Paling berpeluh bila diorang dok main Robo Match.
OIL PLATFORM
Ni tempat feveret aku. Offshore Platform! Rindu lak nak naik offshore lagi. Ini merupakan salah satu tempat kerja aku mencari rezeki dalam bidang kejuruteraan. Reka bentuk pelantar yang ada di sini sebijik sama seperti di tengah laut. ok ok, takdalah 100% sebab setiap lokasi pelantar berbeza reka bentuknya. Piping, valve, tangga, handrail, signage etc sebiji seperti yang ‘actual’.
Bila aku bercerita dengan Dayyan Danish, aku gelarkan ruang ini sebagai ‘tempat kerja ddy’. Respon Dayyan, “Tak bestnya tempat kerja ddy!!” hahah..
Dah namanya Oil Platform kan, seharusnya set coverall disediakan di sini. Lagi best, bila ada coverall dengan saiz kanak-kanak. Sempat jugalah Danish dan Dayyan ber’posing’ dengan coverall ‘kuning’. Bergaya sakan seolah-olah mereka sedang memeriksa pekerja kontraktor melakukan rutin penyelenggaraan. Satu pengalaman yang Best bagi diorang. Lagi real kalau ada air laut kat bawah pelantar ni hehe..tak pun kasi goyang sikit..hehe
SPEED
Dah penat ‘bekerja’ di Oil Platform, keseronokan Dayyan Danish diteruskan di ruang SPEED. Semua aktiviti di situ berkaitan dengan kelajuan (SPEED). Sedia maklum, PETRONAS terlibat dalam perlumbaan Formula 1. Jadi, tarikan utama di ruang ini semestinya model kereta lumba F1 bersaiz sebenar dan juga simulator F1.
Tapi sayangnya, Dayyan Danish tak layak untuk sertai aktiviti ini disebabkan ketinggian yang masih belum mencukupi. Aku pun malas nak beratur panjang. Hanya melayan Dayyan bermain simulator ski dan dua tiga aktiviti sahaja.
Sampai di sini. sudah hampir 3 jam kami di dalam Petrosains woo..seingat aku, semasa pertama kali ke Petrosains sekitar tahun 2001, takdelah sebesar ini. Sejam pun dah selesai semua aktiviti.
MOLECULE CAFE
Walaupun sepanjang perjalanan di dalam Petrosains ini dilengkapi dengan penghawa dingin, tetapi boleh tahan penat jugalah. Agak dah berkilometer aku dok pusing-pusing dalam area sini. Lenguh kaki woo. Mujur ada Molecule Cafe yang menjual minuman dan makanan ringan seperti kek, danish dsb. Harga pun takdelah tahap ‘firaun’ sangat seperti di ‘themepark’ lain.
Aku biarkan Dayyan Danish dan mommynya meneruskan perjalanan. Aku rest kejap sambil pekena neskepi panas di Molecule Cafe. Sementara masih ada tempoh lebih kurang sejam sebelum Petrosains menamatkan waktu operasi pada jam 6 petang.
Dari Molecule Cafe ke pintu keluar dah tak jauh sebenarnya. Melainkan anak-anak korang masih nak sertai setiap aktiviti di setiap ruang. Boleh tahan lama juga. Nasib aku baik, sebab Danish dah mula bosan. Laju dia berjalan menuju ke strsen Dark Ride menuju ke pintu keluar.
HARGA PASS MASUK PETROSAINS.
Aku sangat galakkan korang beli pass masuk ke Petrosains ini secara online. Jadi, tak perlulah beratur panjang di kaunter masuk. Lagi tak best sekiranya sesi korang lambat dan perlu menunggu sejam dua. Beli saja online, setkan sesi jam berapa dan dah boleh rancang perjalanan ke sana.
Untuk trip kali ini, kami dapat pakej dengan harga RM37 untuk dua dewasa, dan dua kanak-kanak, yang mana ngam ngam dengan famili kecil aku ini..hehe..Tak pasti pula pakej ini masih ada atau dah tak available lagi.
Aku kongsikan pass/tiket masuk ke Petrosains 2019.
Nak tahu lebih lanjut tentang Petrosains, bolehlah layari www.petrosains.com.my . Kat situ korang boleh check, kot kot korang ada kad yang layak untuk dapat diskaun. Lebih jimat kan!
No comments:
Post a Comment