Tuesday, 4 December 2018

Dayyan Year End Concert 2018

Sejak hari pertama Dayyan di Little Caliph Kelana Jaya, sehinggalah minggu lepas, banyak sangat perubahan ke arah positif dalam dirinya. Daripada hanya tahu bagi salam “Assalamualaikum..” sebelum masuk rumah, sekarang dah hafal doa sebelum masuk rumah. Kalau sebelum ini, hanya tahu baca doa makan, hari ni dah tahu baca doa makan dengan tafsiran dalam Bahasa Inggeris lagi.
Selepas solat Maghrib, biasanya kami akan minta dia bacakan doa. Bersungguh dia berdoa untuk ibu bapanya dengan melodi yang diajar oleh teacher LC.  Sedar tak sedar, aku dan isteri pun dah terikut melodi yang sama semasa berdoa :-p..
Sungguh kata, selama 11 bulan ini terlalu banyak yang Dayyan pelajar. Selain pendidikan di dalam bilik darjah, pergaulan sosial dengan kawan-kawanya juga sangat berbeza. Keyakinan diri takyah cakaplah berbanding dengan aku pada usia yang sama, 30 tahun lepas. Terasa berbaloi dengan pengorbanan kami selama 11 bulan ini. Jodoh Dayyan dengan teachers & kawan-kawan di Little Caliph Kelana Jaya (LCKJ) hanyalah 11 bulan ini.
Kenapa 11 bulan?
Mulai Januari 2019, Dayyan akan memulakan sesi 6 tahun di Little Caliph baru. Bukan tidak berpuas hati dengan LCKJ, tetapi tempat baru ini akan lebih dekat dengan tempat kerja baru mommynya. Mommy tempat baru, Dayyan pun tempat baru. Rezeki untuk mereka berdua. Alhamdulillah..
Kalau kawan-kawan tanya aku tentang Little Caliph, memang aku rekemen untuk hantar anak-anak ke sini. Selain sistem pelajaran yang ternyata berkesan, pelbagai aktiviti di dalam dan luar kelas juga memberi kesan sangat positif untuk diri anak-anak. Sepanjang tahun (2 semester), banyak giler aktiviti yang dianjurkan oleh pihak LCKJ. Rasanya LC cawangan lain juga menggunapakai modul yang sama.

Minggu lepas, bertempat di Akademi Pengajian Islam UM, telah diadakan Grand Ihtifal yang merupakan aktiviti terakhir Dayyan bersama teachers & kawan-kawan LCKJ. Dayyan turut serta memeriahkan Year End Concert 2018 sebagai peserta Choral Speaking untuk kelas 5kg1.
Kagum gak aku dengan keyakinan budak-budak berusia 5 tahun berdiri di atas pentas, berdepan dengan ratusan tetamu. Konfiden je masing-masing.

Kacak dan comel kan diorang ni. Tak silap aku, diorang berlatih lebih kurang 2 bulan gak. Boleh dikatakan, setiap petang mommy kena dengar Dayyan berlatih di dalam kereta sepanjang perjalanan pulang.
No wonderlah semasa hari persembahan, mommy siap boleh ikut lagi setiap ayat diorang semasa persembahan!

Oh ye, selain Choral Speaking, pelbagai lagi persembahan yang dipersembahkan oleh 4 cawangan Little Caliph (Kelana Jaya, Sri Damansara, Pantai Dalam, Pantai Baharu) seperti sketsa, nyanyian dsb. Sangat menarik persembahan yang disertai oleh anak-anak seawal usia 4 tahun.
Telatah yang mencuit hati dengan pelbagai ragam toksah cakaplah. Selama 2 jam persembahan diorang, aku pasti semuanya berjaya mendapat tepukan gemuruh daripada penonnton.

Muka Lega Selepas Choral Speaking
Congratulation Dayyan! Ddy&mmy bangga dengan usaha Dayyan!
Terima kasih kepada teachers LCKJ (esp. Tc Nisa) sepanjang 11 bulan mendidik Dayyan (kot kot ada yang terbaca entri ni :p)  Halalkan setiap ilmu yang dicurahkan kepada Dayyan, dan doakan Dayyan berjaya dunia dan akhirat. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.
Semoga anak-anak kita semua sentiasa diberkati ilmu mereka dunia dan akhirat. Amin..

No comments:

Post a Comment