Tuesday, 18 December 2018

Aktiviti Hujung Minggu Di Kampung, Lebih Dekat Dengan Alam.

Cuti persekolahan hujung tahun bagi sesi 2018 hampir tiba ke penghujungnya. Walaupun Dayyan dan Danish masih belum bersekolah, tapi aku treat diorang sebagai ‘budak sekolah’ juga. Jadual Little Caliph Dayyan pun ikut sesi persekolahan biasa. Jadi, bila sekolah biasa bercuti, Dayyan pun akan turut bercuti. Maksudnya tiada sesi pembelajaran. Dia tetap ke LC berpakaian biasa pada hari biasa. Cuma aktiviti lebih kepada ‘playshool’.
Memandangkan untuk sesi 2019, Dayyan akan bertukar ke LC yang lebih hampir dengan ofis isteri, Dayyan telah pun menamatkan sesi pembelajaran di LC Kelana Jaya pada penghujung bulan November. Jadi, sepanjang bulan 12, dia akan dijaga oleh pengasuh Danish a.k.n NekNa. Bukan main seronok dia setiap pagi nak ke rumah Nekna. Ye la, asyik sesi bermain dari pagi hingga petang. Tapi berkawan hanya dengan Danish dan 2 orang cucu Nekna. Mesti bosan..
Asyik bermain toys di dalam rumah pun tak elok juga. Jadi, pada hujung minggu lepas, aku bawa Dayyan & Danish pulang ke kampung Onyang dia di Pulau Indah, Port Klang. Seharian di kampung, terasa lebih dekat dengan alam. Kebetulan makcik dan pakcik pun balik kampung pada hari itu, ambil kesempatan untuk diorang bawa kami jalan-jalan sekitar Pulau Indah ini.

Jeti Pangkalan Kampung Telok Nipah

Tak jauh dari kampung Onyang, ada satu jeti bot bagi nelayan tempatan atau kaki pancing sebelum ke laut terbuka di Selat Melaka. Sepanjang aku kahwin dengan isteri aku sekarang, ini kali pertama aku ke sini. Jeti Pangkalan Kampung Telok Nipah sesuai dijadikan tempat lepak untuk mencari ketenangan. Siap ada rumah bot untuk disewa.
Yang kaki pancing tepi laut, bolehlah memancing di jeti atau pun sewa rumah bot. Yang kaki gambar pun boleh mencari gambar best-best di waktu pagi atau senja.
Onyang Dayyan pun ada sebuah bot yang digunakan untuk memancing di laut terbuka. Kalau Onyang ikut sama masa ni, mesti boleh pusing seround naik bot. Konfem Dayyan dan Danish teruja gila. Ok, lain kali kita request awal-awal. Status diorang sebagai cicit tunggal memang best, minta apa sahaja..hahaha
Oh ye, sebelum kami ke Jeti Pangkalan Kampung Telok Nipah, singgah di satu kedai menjual makanan laut yang terletak tidak jau daripada jeti. Nak kata lokasi strategik, kedai ni memang tersembunyi di tempat yang langsung tak menarik. Tetapi pelanggan tempatan dan luar memang ramai. Mereka sanggup datang dari jauh untuk memborong ikan segar dengan harga lebih murah. Nama kedai? Aku pun tak pasti. Lebih kurang 1KM je daripada jeti Telok Nipah.
Dayyan dan Danish memang seronok datang tempat sebegini. Dok sentuh-sentuh ikan yang besar-besar kat sini. Setiap jenis ikan dia sentuh. Pastu dok tanya apa nama ikan ini. Ddy pun bukannya kenal semua jenis ikan yang pelik-pelik tu .Setakat kembung, pari, siakap, kerapu tu kenal lagi. Tapi kalau dah ikan masa keciknya dipanggil ikan tanda, bila besar panggil jenahak, apak korang pun konpius..haha..
Sesekali buat aktiviti sebegini pun seronok gak. Ini asyik ke shopping mall, masuk Toy’rUs dan menonton wayang pun bosan juga. Bila buat kelainan dengan aktiviti macam ni, rasa segar balik kepala otak ni. Lebih dekat dengan alam. Paling penting, dapat luang masa dengan Atok & Nenek (Onyang Dayyan) dan famili lain.

Tenang & Bahagia – JMR

No comments:

Post a Comment