Pengalaman Kali Pertama Ikut Rombongan ke Pusat Sains Negara dan KL Tower Mini Zoo.
Sebelum ini, bila terbaca status 'kerisauan' kawan-kawan yang mempunyai anak di pra-sekolah yang sedang mengikuti rombongan sekolah ke mana-mana destinasi, aku selalu tertanya-tanya "apalah yang diorang dok risaukan?" Kan ada cikgu yang mengawasi anak-anak mereka. Itu pertanyaan aku sebelum inilah. Dan pada Rabu minggu lepas, buat pertama kali Dayyan mengikuti lawatan sambil belajar Little Caliph Kelana Jaya ke Pusat Sains Negara dan KL Tower Mini Zoo, barulah aku faham tentang 'kerisauan' itu.
Tapi kerisauan aku masih terkawal. Takdelah sampai follow bas dan memerhatikan anak aku sepanjang lawatan tu. Aku yakin dengan Dayyan. Walaupun masih berusia 4 tahun, tetapi pengalaman dia travel lebih banyak daripada aku semasa usia kami sama. Lagi pun, Dayyan ni bukan jenis ikut kaki melangkah. Dia akan buat 'u-turn' sekiranya aku hilang daripada pandangannya.
![]() |
| Gambar Kredit: FB Little Caliph Kelana Jaya |
Pusat Sains Negara
Aku pun tak ingat bila kali terakhir aku ke sini. Dan tak terfikir pula nak bawa Dayyan & Danish ke sini memandangkan diorang pun masih kecil. Tak sangka pula pengurusan Little Caliph bercadang bawa anak-anak ke sini. Pendidikan pada masa sekarang pasti sudah banyak berubah dan lebih pantas berbanding zaman-zaman sebelum ini kan. Harapnya anak-anak ini belajar sesuatu tentang 'sains' dan dapat menimba pengalaman sebelum mereka melangkah ke sekolah rendah. Eh sekolah rendah sekarang memang dah ada subjek 'Sains' kan?
![]() |
| Bukan kambing tu kan? |
KL Tower Mini Zoo
Dayyan memang seorang pencinta binatang. Terutamanya kucing. Setiap kali balik kampung, aktiviti kegemaran dia pastilah bermain dengan kucing, kejar ayam, terkam kambing dan tangkap ikan gapi Nekmi sehingga lemas di atas simen. Aku pasti, binatang ni semua fobia setiap kali Dayyan & Danish balik kampung hahaha.
Alhamdulillah, lawatan sambil belajar ini berjalan dengan lancar. Kata cikgu diorang, anak-anak ni semua tersangatlahhhh teruja. Balik je dari dua tempat ni, masing-masing terlena kepenatan dalam bas. Susu pun tak minum sepanjang lawatan..
Cuma bila tanya "Apa abang buat kat Pusat Sains Negara & KL Tower Mini Zoo? "..jawapnya, "Abang tengok animalz..." bila suruh citer lebih panjang, dia dah melalut ke lain.
Mujurlah ada Facebook yang diupdate setiap masa oleh cikgu yang bertugas sepanjang lawatan tu. Takdelah mak pak tertanya-tanya keadaan anak-anak ini kan..

No comments:
Post a Comment