Ni cerita di hujung minggu, 2,3 minggu lepas. Sejenis aku ni tak boleh terperap duduk di rumah sehari suntuk di hujung minggu. Paling tidak pun nak kena keluar merayap cari tempat makan sedap-sedap. Nasib baiklah dapat isteri dan anak-anak yang memahami. Tapi rasanya diorang tensen gak. Aku ajak isteri keluar, dan aku paksa dia rekemenkan tempat makan sedap yang dia tahu. Jadi, aku rasa, setiap hari Jumaat sebelum tibanya hari minggu, mesti dia stress dok Google tempat makan sedap di sekitar KL atau Selangor untuk trip hari Sabtu atau Ahad. haha..kesian..
Jadi untuk Sabtu minggu ini, seperti biasa, aku bagi isteri rehat dari bersilat di dapur. Pada awalnya, aku drive menuju ke Big Brothers Kota Damansara, salah satu western cafe yang ada sentimental value bagi aku, isteri dan famili. Di sinilah tempat dating aku dengan isteri dari awal kahwin. Masa takde duit awal-awal, kami cari duit untuk spend masa di sini. Romantik. Cool je rasa. Bila ada duit lebih sikit, kami belanja umi dan arwah ayah makan di sini. Arwah ayah memang suka chicken chop kat sini. Tapi bukan rezeki kami kali ini untuk ‘flashback’ kembali memori di sini. Elok je sampai di depan Big Brothers, eh dah tutup lah! Tak pasti sama ada terus tutup atau tutup sementara. 
Stalkers Cafe Dataran Sunway
Aku dan isteri dah blurr nak ke restoran mana seterusnya. 2,3 minit gak memikirkan nak ke mana. Perut dah berkeroncong minta diisi. Sebelum meletup, mujurlah isteri terlintas untuk ke Stalkers Cafe, milik pelakon kayu terkenal yang terletak tak jauh dari Big Brothers.
Panas ok masa ni. Dengan perut tengah minta diisi, mana ada mood nak bergambar. Danish pun taknak layan mommy. Abang lak membotol air masak tak habis-habis. Air masak jangan lupa minum ketika cuaca panas ni ok.
Stalkers Cafe terletak tak jauh dari BSN Dataran Sunway. Kami sampai lebih kurang jam 2.30 petang. Ramai gak pelanggan masa ni. Aku terus menuju ke meja kosong sambil jeling-jeling menu pelanggan lain. Ini ada cara terbaik untuk tahu menu power di kafe ini Lagi pun, mana nak sempat Google menu sedap di Stalkers Cafe milik Fattah Amin ni kan. Aku pandang sekeliling 360 darjah kot-kot ada Fattah Amin tengah makan suap-suap dengan Fazura. Takda. Hampa.
Kami duduk 2,3 minit. Takde staff yang datang ambil order. Hampir-hampir aku terbalikkan meja. Rupa-rupanya self service..kena buat pesanan di kaunter Pilih menu dan bayar.
Tengokkan buku menu Stalkers Cafe Dataran Sunway, ada banyak menu yang menarik. Tetapi masa aku datang ni, hanya ada beberapa menu je yang AVAILABLE. Aik, ni kena tomyam ke apa?
Nasib baiklah ada menu yang aku boleh pasrah untuk dijadikan menu makan tengah hari aku- Nasi Ayam Goreng Kunyit dan Nasi Ayam Butter. Haa..ini versi Stalkers Cafe ok.
Danish pantang nampak kek terutamanya kek Chocolate Moist. Die die dia akan minta sampai dapat. Daddy pasrah. Lagi pun nampak sedap je kan. RM8, cukuplah untuk kami 4 beranak. Sambil menunggu pesanan kami sampai, alhamdulillah, setel sebekas chocolate moist ni. Licin!
Tak sampai 20 minit menunggu, menu Nasi Ayam Goreng Kunyit pesanan isteri tiba di meja kami. Fuhh..pantas juga servis di sini. Menu ni memang simple. Siap dituangnya kicap atas nasi panas tu..Tapi since ayam goreng yang digaul kunyit ni dihidangkan secara panas, cukup masin, sambal belacan tu pulak cukup pedas, memang menambahkan selera kami.
Sepinggan untuk aku, sepinggan lagi untuk Dayyan. At first, aku ingatkan sikit je portion kat sini. Sekali datang, hambek kot..banyak gila kot. Dalam hati aku, Konfem membazir ni..Aku kalau bab-bab makan ni sangat pantang sekiranya makanan yang dipesan terbuang begitu sahaja. Alhamdulillah, fikiran pertama aku salah. Dayyan berjaya habiskan separuh. Yang separuh lagi, mestilah aku! hahaha.. ayam masak butter tu antara yang sedap pernah aku makan. Dayyan pun cakap macam tu, ada rasa lemak-lemak dan manis. Mujurlah diorang tak letakkan cili padi dalam ayam butter tu. Yup, kalau letak mesti lagi sedap kan, tapi Dayyan konfem tak nak makan sebab pedas.
Tengok gambar ni, sepingga untuk aku, sepinggan untuk Dayyan. Rasa sebak lak. Dah besar anak-anak aku. Biasa aku sepinggan, boleh kongsi dengan Dayyan. Sekarang dah tak efisyen sepinggan untuk aku dan Dayyan. Lagi sedih, biasanya aku kena bayar RM10, sekarang dah kena hulur not RM20…hahahhaha..
Kenapa Rasa Tak Selesa Makan di Stalkers Cafe Dataran Sunway?
Bukan sebab Nasi Ayam Masak Butter yang aku pesan tadi tak sedap, tetapi disebabkan posisi tempat aku makan tu yang kurang sesuai. Iyelah, setiap suapan nasi & ayam butter berlemak tu, seakan-akan sedang diperhatikan oleh si Fattah Amin.
Come bro, jangan asyik tenung gua jer!! Pandang tempat lainlah..please!
Alamat Stalkers Cafe:
No 3-1 Jalan PJU 5/3, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 PJ
47810 Petaling Jaya, Malaysia
47810 Petaling Jaya, Malaysia
InsyaAllah, kami akan repeat ke Stalkers Cafe Dataran Sunway lagi. Dengan harapan, menu yang banyak banyak tu available~lah masa kami pergi nanti. Kalau lepak semeja dengan Fattah Amin & Fazura sekali pun cam layan gak kan…heheh







No comments:
Post a Comment