Murtabak Singapore Zam-zam. Menu Wajib Cuba Bila Ke Singapore.
“Datang Singapore, kalau tak pekena murtabak Singapore Zam-zam memang tak lengkap” Ini ayat dari mulut rakan Singapore aku yang menjadi tim semasa projek fotografi perkahwinan di sana tempoh hari. Murtabak Singapore merupakan menu kegemaran ramai di Singapore termasuklah pelancong-pelancong luar. Banyak restoran atau tempat makan sedap di Singapore yang menyediakan menu ini, tetapi yang original semestinya di Restoran Zam-zam yang terletak tidak jauh dari Masjid Sultan.
Sebelum bertolak pulang, aku ‘open table’ untuk tim lain sebagai tanda meraikan kejayaan projek kali ini. Lagi pun bajet makan untuk trip kali ini banyak dapat jimat since client asyik belanja kami makan jer..hehe..bersyukur dan rasa bertuah sangat dapat client yang baik hati macam ni..semoga mereka semua terus dimurahkan rezeki.
Aku nak terangkan lokasi sebenar Restoran Zam-zam ni pun kurang pasti. Tapi kalau korang guna Waze ke sini, insyaAllah sampai. Tak jauh dari Masjid Sultan, antara masjid tumpuan pelancong asing yang mempunyai pensijilan ISO 9001:2015 . Kompeni aku baru nak audit..masjid ni dah dapat pun..:p Kami sampai di sini lebih kurang waktu makan tengah hari. Pelanggan memang ramai walaupun bukan hari minggu. Kami ditempatkan oleh staff restoran di tingkat atas, selesa untuk kami berempat.
Menu Sedap di Restoran Zam-zam.
Semestinya, Murtabak Singapore menjadi menu wajib pesan jika datang ke sini. Ada beberapa pilihan isi murtabak seperti murtabak ayam, murtabak daging, murtabak sardin, murtabak kambing dan juga murtabak rusa. Saiz pula bergantung pada harga setiap murtabak, ada SGD6 (ni sorang makan), ada SGD8, SGD13 dan SGD18.
Selain itu, briyani kambing juga antara menu pilihan pengunjung di sini. Dengar kata, kari kepala ikan dan mi/nasi goreng merah juga sedap di sini. Nak pesan menu lain seperti Kuew Teow goreng, roti canai dan Chicken Chop pun ada disediakan di sini. Tepuk perut, tanya nafsu makan!
![]() |
| Murtabak Singapore Zam-zam |
Jadi apa yang kami pesan untuk pengalaman pertama menjamu selera di Restoran Zam-zam Singapore ini?
Sudah pasti, Murtabak Singapore~lah! Murtabak Ayam dan Murtabak Kambing bersaiz SGD8 setiap satu menjadi santapan pembuka selera. Serius, sedap murtabak Singapore ni especili Murtabak Kambing tu! Kambing kan feveret aku. Dapatlah inti kambing yang memang seketul-ketul rasa, lagilah berselera aku dengan murtabak kambing ni!
Ingatkan setiap murtabak ini cukup untuk 2 orang makan. Sangkaan aku meleset, sebab setiap satu ini sebenarnya cukup untuk 4 orang makan! Se’eh der..
Kalau datang sini semata-mata untuk makan murtabak Singapore, aku yakin, 2 orang boleh habiskan sekeping murtabak bersazi SGD8 tu. Tapi..sayanglah kalau datang sini tak cuba menu-menu lain juga kan. Jadi kami tambah pesan 3 set briyani kambing dan juga nasi goreng merah.
Alhamdulillah untuk rezeki kali ini. Aku lupa dah harga setiap makanan tu. Yang aku ingat, harga dengan kualiti rasa memang berbaloi. Untuk 4 orang makan kali ini, jumlah semua hanya SGD55 termasuk makanan. InsyaAllah aku akan ulang datang ke sini lagi..
Burppp….~




No comments:
Post a Comment