Thursday, 7 December 2017

Family Gathering di Holiday Pool Villa A’Famosa Melaka

Holiday Pool Villa A’Famosa Melaka

Family Gathering atau juga dikenali sebagai Family Day menjadi aktiviti pilihan setiap kali cuti panjang atau cuti sekolah. Biasanya akan ada seorang dua ahli keluarga yang rajin dan bersemangat merancang  aktiviti bagi memastikan hari keluarga ini berjalan dengan jayanya. Kalau takde mereka ini, Family Day ini hanya tinggal perancangan di mulut atau di group Whatsapp keluarga. hehehe..
Alhamdulillah, hujung minggu lepas aku berpeluang menyertai Family Gathering keluarga sebelah isteri aku. Gathering ini dah menjadi rutin makcik-makcik dan pakcik-pakcik sebelah isteri aku sejak mereka muda lagi. Family Day kali diadakan di sebuah banglo mewah di A’Famosa Resort Melaka, siap ada ‘private swimming pool’ untuk setiap unit. Segala reservation telah diruskan oleh makcik isteri aku dengan pihak Holiday Pool Villa.

Lokasi Holiday Pool Villa.

Holiday Pool Villa ini terletak di Simpang Ampat, berdekatan dengan Free A’Famosa Outlet Mall. Pool Villa ini berkonsepkan ‘homestay’ untuk penginapan sementara. Unit banglo satu tingkat ini dilengkapi dengan kolam renang bersaiz sederhana. Parkir kereta khas juga disediakan untuk setiap unit. Alat penghawa dingin, TV Flat Skrin, dapur memasak, peti sejuk dsb turut disediakan.

Aktiviti Family Day di Holiday Pool Villa.

Makan!
Semestinya aktiviti utama setiap kali Family Day adalah berBBQ. Sebenarnya, bukan sebab nak makan sangat kan. Yang besti berbBQ ini adalah semasa nak menyalakan bara api dan juga semasa membakar. Panas ke, asap ke, hangit ke tak, dah tak peduli, janji makan siap dibakar dan sedia untuk dimakan.
Menariknya family day kali ini adalah kami mandi di kolam renang tanpa bercampur dengan penghuni lain. Ya la kan, kalau stay di hotel, kolam mandi tu konfem-konfem dipenuhi dengan pelanggan hotel setiap masa. Kali ini, kami sewa dua banglo dengan 2 buah kolam renang sebelah-mennyebelah. Paling seronok, semestinya Dayyan & Danish!! haha.. ye la, dua orang ni adalah cucu sulung merangkap cicit sulung kepada datuk&nenek isteri aku.

Otai-otai masih berbisa. Tetapi pengalaman berpuluh tahun bukan jaminan untuk hidupkan bara api dalam masa yang singkat. Ambil masa jugalah! haha

Dari siang sampai ke malam membakar. Bakar kipas, kipas bakar hingglah masak ke semua bahan-bahan mentah yang telah diperap sehari semalam.
Oh ye, peralatan untuk BBQ juga turut disediakan. Cas RM15 untuk setiap 3 kg charcoal termasuk starter turut disediakan. Boleh beli di sini kalau malas nak bawa dari rumah masing-masing hehe..

Ada kambing bakar, ayam bakar, sosej bakar, udang, sotong, siakap bakar dan juga jagung bakar! Nasi lemak special Melaka pun ada. Merecik hawau!!! Ingat boleh habis ke semua dalam satu malam? Memang taklah!…sambung makan keesokan paginya..hahaha

Ada yang tanya berapa harga pakej penginapan di Holiday Pool Villa A’Farmosa ?
Harga penginapan ada disediakan di laman web HolidayPoolVilla.Com. Harga berbeza mengikut 4 musim sibuk (Low/Shoulder/Peak/SuperPeak) dan juga jenis unit banglo yang disediakan.

Harga Pakej Holiday Pool Villa A’Farmosa Melaka:

Santai bersama Danish di tepi kolam.
Danish paling lama berendam di dalam kolam pada keesokan paginya. Sempoi & Stedi. Abang Dayyan pula awal-awal dah menggigil kesejukan. Dah kecut tangan. Aku rasa faktor yang menyebabkan Danish bertahan lama di dalam air adalah baju renang khas untuk anak kecil yang dipakai Danish. Terima kasih kepada Cheekaboo yang berjaya mereka sut renang kanak-kanak yang berupaya mengurangkan kesejukan melampau kepada anak-anak kecil semasa di dalam air.

Ukhwah & Silaturrahim

Tidak dapat dinafikan, aktiviti Family Gathering dapat merapatkan lagi ukhwah dan silaturrahim antara ahli keluarga. Ye la kan, kami ni dah la jarang-jarang dapat berjumpa. Setahun sekali pun belum entu. Last jumpa sepupu masih kecil lagi, bila dah jumpa kali ini, eh eh dah besar ko ye. Tup tup dah anak dua..
Semoga ikatan silaturrahim ini terus berpanjangan dan dirahmati olehNya.

No comments:

Post a Comment