Kamera dan aku memang sahabat karib. Nak nak bila dah ada anak sendiri sejak 4 tahun lepas. Kalau boleh, setiap momen anak hari-hari aku nak snap dan simpan. Selfie ke wefie ke, tak kisah, jalan sahaja.
Jangan tak tahu, sejak Day 1 bila aku dapat tahu dua orang DH dah ada dalam rahim isteri, hari-hari aku snap gambar perot momyy diorang. Day 1 mereka dilahirkan lagi la aku seronok snap gambar diorang, hari-hari. Dah bertera-tera gak digital file dalam hardisk aku, semua gambar diorang.
Tak kira gambar menggunakan smartphone, DSLR, compact camera mahu pun GoPro Hero 5. Gajet-gajet ini memang aku invest untuk rakam momen-momen sebegini, jarang sangat la ada muka aku sedang berselfie! haha..
Selfie, aku kurang berminat, tapi wefie bersama anak-anak & isteri, boleh tahan gakla kena paksa dengan mommy diorang. Ntahlah ,mungkin nature & passion aku dalam photography menyebabkan aku kurang gemar snap gambar sendiri. Gambar orang lain, ok jer. Korang lak macam mana? Lagi suka berselfie kan?
Tapi syok juga sebab selang beberapa lama selepas tu, aku boleh tengok dan imbas balik momen-momen tu. Sweet!
Masa diorang masih kecil, aku notice, senang je nak ajak berwefie, tetapi bila dah makin besar ini, susah gak nak ajak berwefie dengan elok. Eh ada yang tak tahu maksud ‘WEFIE’ ke?
Mungkin ada yang kenal aku sejak dulu, akan perasan yang aku akan sentiasa bawa KAMERA bersama terutama ke event-event event-event best. Dari zaman KODAK, hinggalah ke zaman digital sekarang ini.
Ayah aku sentiasa support aku&kamera. Kalau tak, mana mungkin dia sanggup berhabis duit dok beli filem (kodak), then sanggup pula cucikan filem itu sebagai gambar. Mungkin dalam 36 keping yang dibayar, hanya 20 keping je yang jadi elok. Seingat aku, tak pernah ayah marah sebagai terpaksa membayar untuk sekeping gambar ntah apa-apa. Terima kasih ayah.
Pegangan aku, “Dalam setiap gambar, ada 1001 cerita” Tanpa gambar, tak mungkin kita akan dapat mengimbau (throwback) kembali cerita atau momen yang pernah kita lalui. Tanpa gambar anak sejak hari pertama, mana mungkin aku dapat kenang kembali step-step tumbesaran mereka.
Daripada kepala tanpa rambut, hinggalah mereka berambut lebat..
Daripada mereka hanya merangkap, hinggalah mereka berjaya melangkah kali pertama..
Daripada mereka sebesar tapak tangan, hinggalah ‘sihat kuuuu semangat’ dua-dua orang anak aku..
semuanya kemas terakam kemas di dalam hardisk , siap dengan backup!
Percayalah cakap aku, tak rugi ibu bapa yang suka rakam/shot momen anak-anak mereka…pedulikan cakap-cakap negatif belakang, pedulikan kalau anak-anak tu asyik lari dan taknak bergambar, terus snap dan keep in your file.
Satu hari nanti, saat-saat korang ‘sunyi’ , belek-beleklah semua gambar itu..indah.
No comments:
Post a Comment