Sambungan cerita aktiviti kami selepas Cyclo City Tour. Jom Dinner Cruise Saigon River!
Selepas penat berkayuh, kami ke jeti di mana Lady Hau Cruise akan memulakan pelayaran. Bukan ke laut bebas, tapi sepanjang Sungai Saigon jerrr..hehe..
Kami sampai agak lambat. Lady Hau dah nak siap sedia nak bertolak, baru kami sampai. Lambat sket lagi kena tinggal.
Not right time kot hari ni. Penyanyi veteran je yang dok dendangkan lagu untuk para penumpang. Lagu apa, jangan tanya aku.
Aku dapat seat tepi sekali. Syok gak. Cruise belayar slow-slow. Angin lak sepoi-sepoi bahasa. Memang sempoi. Kami dok deck atas. Yang bahagian bawah ada disediakan buffet makan-makan. Nak selamat, kami yang muslim just pekena seafood dan buah-buah je.
Kapten dan assistant kapten kapal. Macam senang je nak kontrol cruise ni kan..
Cruise ni ambil masa lebih kurang 2 jam untuk pusing-pusing Sungai Saigon. Makan-makan sambil menikmati pemandangan malam @ night life sepanjang Sungai Saigon.
Dalam perjalanan, berselisih dengan cruise lain yang boleh memuatkan lebih ramai penumpang. Dalam 250 orang kot. Patutnya kami naik cruise tu tapi pakej dia tak menarik + makanan campur-campur. Takde privacy sebab crowded sangat kot. Lagi best belayar dengan Lady Hau Cruise. Rileks santai.
Harga Pakej Dinner Cruise Saigon River.
Berapa harga pakej Dinner Cruise Saigon River ni? Tak silap aku lebih kurang USD100 kot. Aku pun tak pasti. Lagi pun, pakej ni dah termasuk dalam pakej tour guide ke sini. Sesapa nak cuba, boleh check dengan mana-mana kaunter yang berkaitan..hehehe..
No comments:
Post a Comment