20 April 2016 || Suntikan 9 bulan untuk baby Danish Hayyan.
Semalam aku cuti setengah hari, apply khas untuk temankan Puan Isteri dan baby Danish ke Klinik Kesihatan. Ada temujanji untuk check up Danish 9 bulan. Masa Dayyan dulu, check up di Hospital Pusrawi, boleh check up pada hari minggu. Memandangkan dos suntikan terhad dan susah nak dapat di hospital swasta, terpaksa la ambil cuti setiap kali ada check up untuk Danish.
Jadual baru. Masa Dayyan dulu, takde pun suntikan semasa usia 9 bulan. Masa Danish ada.
![]() |
| Jadual baru Imunisasi MMR ni bermula pada tahun 2016. |
Perbezaan utama adalah pada jadual immunisasi MMR (Measles, Mumps & Rubella) yang mempunyai 2 dos, dos pertama pada usia 9 bulan dan dos kedua pada usia 12 bulan.
Kalau ikutkan masa Dayyan, suntikan ini hanya pada usia 12 bulan.
Lately, aku perasan ramai yang berfikiran menolak pemberian vaksin kepada anak mereka sejak bayi. Macam-macam alasan diberi. Terpulanglah pada individu, sama ada mahu mengambil risiko negatif pada kesihatan anak mereka pada masa akan datang.
Bagi aku, aku akan tetap ikut prosedur dan panduan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka berkemahiran dan lebih tahu, rather than aku google dan buat kesimpulan sendiri. Titik.
Untuk suntikan 9 bulan ni, alhamdulillah, Danish menangis sekejap je. Mengikut kata nurse, suntikan untuk bayi sekarang ni amat rendah kesan sampingannya. Dos suntikan dah diupgrade. Kalau dulu-dulu, lepas sunti, mesti bayi akan demam kan. Harap-harap Danish tak demam kali ini.
Note: Aku nampak perubahan klinik kerajaan yang makin bertambah baik dengan staff yang makin komited. Masa menunggu pun makin pendek, servis pun makin cekap dan staff makin mesra. Terbaik! Kipidap!

No comments:
Post a Comment