Wednesday, 20 April 2016

Dayyan Harith Turns 3

23 April datang lagi..
Genap usia abang long Dayyan, 3 tahun. Kali ini, bangun bangun pagi, ” Mmy mmy, nak kek...”..ok dia dah tahu bila hari jadi dia, dah pandai nak request kek hari jadi.
plan nak bawa dia keluar. Nak carikan hadiah hari jadi, dan bawa dia makan-makan sambil nyanyikan lagu ‘Happy Birthday’.
Tapi perancangan agak terdelayOn the way ke Bandar Utama, tayar kereta belakang belah kiri lak pecah akibat terlanggar ‘something‘. 3,4 biji kereta gak jadi mangsa. Dugaan di hari jadi kan. Terpaksa daddy kacak park kereta tepi highway, keluarkan stroller adik,letak belakang kereta sebagai emergency sign, keluarkan tayar spare dengan sebelah tangan je, then jack kereta belah kiri belakang. Aku bajet semua awek-awek yang lalu kat situ teruja tengok. Tetiba rasa bersemangat lak nak cepat-cepatkan jack. Berpeluh ketiak dok jack kereta pada jam 11.45 tengah hari. Tak masuk dek akal aku sebelum ni..hahaha..sekejap je setel, then ke kedai tayar untuk tampal tayar.
Dalam jam 1.30 petang sampai di 1 Utama.

Dayyan memang dah tahu Thomas&Friends ada buat Malaysia Tour di 1 Utama. Mmy dah janji nak bawa dia jumpa geng-geng tu kan. Jadi, sebelum makan, layan aje ‘rindu’ dia. Maklumlah, last sekali jumpa masa ke The Little Big Club, Puteri Harbour, 2 bulan lepas.

Alololo rindu betul Ayyan dengan Thomas ye..:-p

Adik macam tak minat je dengan Thomas&Friends ni?

Kepenatan main-main dengan Thomas&Friends. 2 ketul Original Pretzel dia habiskan.hehehe

Adik pun macam kepenatan gak dok kejar Thomas&Friends?..

Perancangan asal, nak bagi peluang pada abang Ayyan untuk pilih sendiri hadiah hari jadi yang dia berkenan. Masuk Parkson, dia rambang mata, masuk Hamleys pun dia rambang mata. Amik toys tu, kemudian letak, amik yang ini, kemudian letak. Dah sejam macam tu, jadi kita makan dululah! Perut ddy&mmy pun dah lapar sangat ni. Ingatkan nak ke Bubba Gump Citta Mall tapi terpaksa tukar ke Chilis One Utama. Bolehlah, janji ada Kids Eat For Free..hahaha..
Sweet&Smoky Burger Chilis – #jilatskrin
Ke sini pun bukannya sebab nak makan sangat. Dayyan pun still makan menu Kids Eat For Free- Macaroni Cheese. Sebenarnya lebih kepada nak tengok muka dia ‘malu-malu kucing’ bila uncle-uncle waiter nyanyikan Birthday Song..hehehe..
Tapi kelihatannya, adik Danish yang teruja lebih ni! Siap berjoget-joget lagi tu..hahaha

Abang mana tak sayangkan adik kan?
Happy Birthday Abang Ayyan! Dah 3 tahun..dah makin bijak dan panjang akalnya. Sentiasa gembirakan hati mmy&ddy dengan telatah-telatahnya. Kami doakan abang sentiasa sihat, diberkati hidup oleh-Nya, dilindungi Dia setiap masa dan dipermudahkan urusan abang oleh-Nya..berjaya dunia akhirat..
Sempat gak cari birthday boy hadiah. Kali ni kasi ddy yang decide nak bagi apa. HotWheels 2-car launcher set, senang citer. Konsepnya, nak bagi anak bersyukur dengan apa yang dapat, dengan apa yang ada..takyah nak demand sangat..hahahahaha..
Satu lagi dugaan semasa nak keluar dari 1 Utama. Since 12 tahun lepas ddy selalu datang ke 1 Utama ni, hari jadi abang yang ke-3 ni ddy tak jumpa cari kat mana ddy park kereta! Pertama kali ni! Sekali lagi, berpeluh ketiak nak cari mana letak kereta..mana taknya, park di Level B2, gi cari di B1..hahahahahahahhahaa…

Kek Hari Jadi kedua abang Ayyan..Kali ni celebrate kat rumah dengan Mama Wan..

Eh ingatkan satu hari je dapat kek hari jadi. Rupanya ada lagi kek hari jadi untuk abang Ayyan daripada Tok Papa lak ye. Minggi depan balik kampung Nek Mi pun ada kek lagi kan..Untungla nakkk…hehehe..
SELAMAT HARI JADI ABANG. BE A GOOD BOY!

No comments:

Post a Comment