Danish Hayyan dah 9 bulan.
Serius sekejap je rasa. Hari ni tepat 9 bulan, usia baby Danish Hayyan. Yang sorang ni, tetap baby sampai ke besar dah kot, melainkan ada adik lain nanti..hehe.
Dah usia 9 bulan ni, macam-macam benda yang dia dah explore dah tahu.
Tahu Nama.
Yang ni best. Panggil je “Danishhh..” mesti dia berpaling. Panggil “..adikkkk..” pun dia tahu..Panggil “Babyyy…” pun dia layan. Jangan melekat panggilan ni sampai ke besar dah lerr.
Bukan Mangsa Buli Lagi.
Sebelum ni, kalau abang Ayyan membuli, dia pasrah, redha dan undur diri. Sekarang ni, pantang benda yang dia pegang, abang dia rampas. Pasti menjerit. Kalau dekat, konfem abang kena tarik rambut..huhuh..dah besar sikit lagi, makin havoc dan hiruk-pikuk la rumah nanti.
Kuat Makan.
Waktu makan, baby Danish akan join makan sekali. Duduk dalam baby seat IKEA. Selagi dia dok dalam tu, selagi tu dia nak ‘mamam’..jadi, nak stopkan dia makan, kena keluarkan dari baby seat tu. Baru senyap. Kalau tak, mulut bising je minta makanan. Padahal dah 2 mangkuk baby food dia telan..
Cuba Untuk Berjalan.
Dalam usia 8 bulan, baby Danish dah boleh berdiri dengan sokongan dan tanpa sokongan. Ingatkan dapat pecah rekod daddy, berjalan di usia 9 bulan. Tapi masih belum berjaya. Sekadar, berdiri, dan terduduk kembali. Cuba lagi dik.
Dah 6 bulan baby Danish kami tinggalkan di rumah cik Muna semasa bekerja, pengasuh yang menjaga Danish sejak usia 3 bulan. Aku beruntung dapat pengasuh yang sayangkan Danish, dekat dengan rumah, harga berpatutan dan sentiasa peka dengan perubahan Danish. Risau gak dengan berita-berita tak baik tentang pengasuh yang dilaporkan di luar sana. Nauzubillah..
Semoga hubungan baik ini berkekalan dan diberkati oleh-Nya. Sebab kami percaya, budi baik akan dibalas baik kan?
Be a good boy ye Danish!
*Tiap kali nak beralih bulan, mesti Danish akan demam/selsema. Normal atau luar daripada kebiasaan ek?
Hmmm…
No comments:
Post a Comment