Lagi sebulan, abang long Ayyan nak masuk 3 tahun.
Perghh..macam baru semalam dengar tangisan pertama abang long Ayyan dan rasa nikmat Pengalaman Pertama di Bilik Bersalin.
Hari ini, genap 2 tahun 11 bulan usia abang long Ayyan..makin bertambah 1001 ragam. Beza abang Ayyan dengan baby Danish lebih kurang 2 tahun. Tak jauh beza usia. So memang aku tak expect satu ikatan adik beradik yang tenang. Even masih kecil, dah boleh nampak rasa cemburu tu, budak-budak kan, biasalah. Bila si adik dok dalam pelukan mommy, si abang mula nak dipeluk sekali.
Pengalaman Pertama Menonton Wayang.
Seingat aku dulu, kali pertama menonton filem di panggung wayang pada usia 12 tahun. Filem James Bond. Zaman dah berubah. Kewujudan Family-friend Cinema Theatre memberi pendedahan awal kepada anak-anak zaman sekarang. Semoga pengalaman pertama abang Ayyan menonton filem animasi hasil tangan anak tempatan memberi inspirasi kepadanya..walaupun usianya belum mencecah 3 tahun..melentur buluh biarlah daripada rebungnya kan.
Potensi dalam Fotografi.
Sekarang ni, pantang nampak Iphone daddy, terus mintak. Kalau sebelum ni, IPhone tu tempat layan Youtube. Hari ni, amik-bukak Camera..then cari benda cun sebagai subjek sebelum klik shutter. Dalam 10 keping,adala 6-7 keping gambar yang terbaik, maksud aku lebih baik daripada mommy dia yang tangkap, baik dari segi sharpness, angle mahu pun lighting..insyaAllah, ada masa&rezeki, boleh aku gilap abang Ayyan lebih sket dalam bidang ni. Bidang Fotografi pun boleh cari makan kan?
Ddy&Mmy doakan abang Ayyan terus membesar dengan sihat dan sentiasa di bawah lindungan-Nya. Walaupun kadang-kadang abang selalu berjaya menaikkan darah mmy dengan peel-peel abang yang menguji kesabaran, tapi itu semua satu hiburan daripada seorang anak kepada mak ayahnya yang baru pulang dari pejabat. Terima kasih sebab setiap petang abang sambut kepulangan mmy&ddy di muka pintu…..
-Daddy Blogger-23.2.2016
No comments:
Post a Comment