12.3.2016-Sabtu
Ini kali pertama, Danish takde nak demam demam bila beralih bulan baru. Dua tiga bulan sebelum ni, pasti akan demam atau kurang sihat. Simptom bertukar bulan katanya. Mungkin, antibodinya dah makin kuat. Yeay!
Danish Hayyan di usia 8 bulan. Merangkak memang laju. Dari depan tv, ke dapur, berdesup terutama apabila nampak mommy kat dapur. Lebih suka berdiri apabila ada ‘support’ walaupun masih belum stabil 100%. Dua tiga kali gak takleh imbang badan, then terlentang. aish..
Bayi seusia Danish sekarang, memang best & comel. Hari-hari rasa nak balik kerja awal je, boleh spend masa lebih. Agak ketara perkembangan Danish lebih cepat berbanding abangnya. Lebih cepat merangkak & berdiri. Terjun katil takyah cakap. Kalau Dayyan masa baby, nak turun katil, akan reverse badan. Tapi Danish, forward gear je. Tangan turun dulu. Last-lastcium pantai..
Lagi best, masa Danish sedang duduk, janganlah dok agah agah dia. Konfem dia akan gelak terkekek comel, teruja, sambil tangan dok mengipas-ngipas, pastu terlentang ke belakang..hahaha..
Hubungan abang-adik.
Abang Dayyan tetap abang. Lumrah seorang abang, akan protect adik, walaupun kat rumah, selalu menyakat adiknya. Kalau jejalan kat luar, acah-acah nak tinggalkan adik atau bagi kat orang lain, pasti ‘high pitching‘ abang Dayyan akan menggegarkan suasana. Sangat protective.
Adik pula, dua tiga hari ni, makin berani melawan abang yang suka menyakat. Pernah nampak adik lempang muka abang, tapi kitorang buat dek je. Aku perasan, last-last mesti si abang yang akan mengalah. Reaksinya, nak marah, ko adik aku kecil lagi. Risau gak, abang Dayyan lawan balik. Saiz dia dua kali ganda saiz adik. Belum tiba masanya kot hahaha.
Aku dah boleh imagine bila dua orang anak lelaki aku ni membesar sket lagi. Kecoh. Havoc. Ditambah lagi dengan suara mommy dia dok berleter.haha..
Walau macam mana sekali pun diorang masa kecil ni, satu je aku doakan, semoga rasa kasih&sayang sebagai adik-beradik akan ada&kekal sampai akhir hayat. InsyaAllah.
-JMR, si daddy blogger.
No comments:
Post a Comment