6 Februari 2016 || Sabtuday
Tarikh yang dah ditempah awal-awal oleh Puan Nunu untuk aku kosong daripada sebarang aktiviti/kerja lain. Rezeki untuk ke majlis perkahwinan sahabat baiknya, Puan Jim [ #jimxrazis]- projek aku di Gebeng, Kuantan telah selamat di handoverkepada Jurutera Projek lain.
Masa untuk aku rehat seketika bersama keluarga!
Kami bertolak sekitar jam 5.30 pagi. Konvoi 2 buah kereta, aku dan PIL, memandangkan Puan Jim juga kenal rapat dengan mama Puan Nunu.
Tiba di Kota Tinggi pada jam 12.30 tengah hari. Alhamdulillah perjalanan lancar. Kalau lambat sket bertolak, insyaAllah, kenyang makan jamm atas highway.
Sampai je di dewan majlis, terus menyantap sebab tengok atas pelamin pun masih tak nampak pengantin barunya. Lagi pun, perut aku pun dah minta diisi. Sebelum dak Dayyan & Danish minta dilayan ragam diorang, bek aku layan perut luh.
Selesai je menjamu selera, perarakan masuk pengantin baru, Tuan Razis & Puan Jim bermula. Hashtag #jimxrazis tidak dilupakan..haha.. Diorang bersanding sekejap, sebelum makan beradap. Sebelum makan, saja je Puan Nunu gi kacau pengantin baru yang sedang kelaparan. Wajib bergambar dengan pengantin kan tanda kenangan.
Selamat Pengantin Baru Puan Jim dan Tuan Razis. Semoga berbahagia sampai bila-bila. Dah boleh start travel sama-sama lepas ni kan. Tahniah!
Dayyan Harith dan kek, pantang dipelawa. Laju je amik dan ajak Minion makan sama-sama dalam satu pinggan!
Burppp..dah kenyang ni. Alang-alang datang dari jauh, takkan nak terus balik kan. Kita lepak luh di negeri Southern Tigers ni luhhhhhh….
c ya!



No comments:
Post a Comment