Solid Food Pertama Baby Danish.
Esok genap 6 bulan usia baby Danish Hayyan. Satu lagi perubahan fasa baru dalam hidup Danish. Bukan sahaja mak pak dia yang tak sabar, rasanya Danish sendiri pun tak sabar nak rasa pengalaman pertama makan makanan pejal/solid food.
3,4 minggu sebelum ni, dah nampak Danish bersedia untuk makan makanan pejal selain susu ibu. Setiap kali tengok orang makan, mesti mulut ni seakan-akan mengunyah sama. Tak berani nak bagi solid food lagi, better tunggu 6 bulan, memandangkan sistem penghadaman bayi sudah bersedia untuk menerima makanan lain.
PURI EPAL – SOLID FOOD PERTAMA DANISH!
Puri epal, air tangan pertama mmy untuk Danish! Kalau guna buah-buahan lain yang lebih lembut seperti pisang/betik, hanya perlu dilenyek. Untuk epal, mmy rebus terlebih dahulu dan diblend kasi sehingga menjadi puri. Nak lagi sedap, tambah sedikit susu! Excited tengok Danish makan dengan penuh berselera. Sampaikan ddy terpaksa pegang tangan dan kaki sebab asyik nak mencapai dan menendang je ketika makan.
Puri epal dah berjaya, lepas ni bolehlah prepare Bubur Nasi berlaukan sayur-sayuran seperti lobak, brokoli dan dikisar bersama ikan bilis atau ayam. Paling penting, ikan bilis tu perlu dibersih bersih-bersih terlebih dahulu. Daging ayam pula perlu direbus/dikukus terlebih dahulu..
Tak sabar nak tengok hari kedua Danish makan solid food lagi..
No comments:
Post a Comment