Hari bertukar hari, bulan bertukar bulan, normallah kan ‘minat’ si anak akan berubah. Jika sebelum ini, Robocar Poli menjadi fenomena, sekarang ni, satu lagi siri animasi dari Korea Selatan menjadi kegilaan anak-anak kecil, bukan sahaja abang Ayyan, pastinya anak-anak korang juga menjadi peminat setia kan?
– TOBOT.
Pernah dengar?
Apa itu Tobot?
Tobot adalah siri animasi TV dari Korea Selatan, terbitan produksi Young Toys and Retrobot. Siri animasi ini berkisarkan kereta yang boleh ditranformasi menjadi robot, inspirasi daripada kenderaan keluaran Kia Motors. Animasi Tobot ini mula ditayangkan di channel Youtube Young Toy’. Setahu aku, Tobot X dan Tobot Y antara yang popular di kalangan anak-anak di Malaysia. Selain itu, ada pelbagai spesis Tobot lagi ok, ada D, W, Z, C, R, Zero etc. Semua robot ni berkonsepkan kereta keluaran Kia seperti Forte, Sportage, Picanto etc.
Aku tak pasti, daripada siapa abang Ayyan ni tahu pasal animasi Tobot. Sejak 3,4 bulan lepas, memang aku perasan dia selalu menonton animasi Tobot di Youtube. Ada Tobot in English, ada dalam bahasi Korea Selatan. Kusyuk je mengadap benda ni. Dan sejak akhir-akhir ni, dia dah pandai request nak ‘bot bot bot’ bila terjumpa karakter ini di kedai. Hari tu dah beli sebuah Tobot Y di Cameron Highlands, semalam dapat lagi sebuah Tobot X. Bukan main seronok dapat Tobot X dan Tobot Y ni. Katanya, nak collect semua spesis Tobot.
Amboi, benda sebesar tapak tangan baby Danish boleh tahan gak harganya, ingat ddy nak belikan semua ye? Talk to my hand! haha..
Oh ye, mak pak yang berminat nak belikan untuk anak-anak, boleh membeli secara atas talian di Instagram DH_CutiePie.
Tips: Ibu bapa perlu pantau dan monitor apa perkembangan minat anak mereka dari semasa ke semasa supaya dapat dicegah awal-awal apa yang tidak sepatutnya mereka minat. Bagi aku, Tobot dan Transformer ini lebih kurang sama je. Satu minat yang normal bagi seorang anak lelaki. Yang penting, jangan berlebih-lebihan hingga terabai pada perkara lain yang lebih penting.

No comments:
Post a Comment