Wood and Steel Kota Damansara : Coffee-Furniture-Art.
Aku dah lama perasan kewujudan kafe Wood and Steel Kota Damansara. Baru-baru ini je baru berpeluang ke sana. Nice! Kafe berkonsepkankan kedai perabut, siap setiap kerusi meja kat situ ada tanda harga. Kalau berkenan, boleh terus bayar dan bawa balik..hehe..
Plan asal ke Wood and Steel ni, untuk serahkan album kahwin pasangan pengantin baru, merangkap Rakan Blogger, dan terkini, seorang usahawan Nanas MD 2 di Malaysia.
Syok tengok keterujaan diorang menatap balik kenangan di hari bahagia. Tu yang bestnya bila ada album kahwin storyalbum kan. Setiap masa boleh flashback kenangan indah. Nak kahwin, boleh kontek aku jadi photographer korang..hehe..
Kafe Wood and Steel Kota Damansara ni ada macam-macam menu yang menarik dengan harga yang boleh tahan. Kebanyakan menu masakan barat. Yang paling menarik kat sini, hiasan kat dalam ni sangat rare! Barang-barang antik dengan limited design meja kerusi kat sini. Kat sini korang boleh jumpa mesin jahit Singer lejen, pelita minyak tanah, mesin air batu campur zaman-zaman dulu dan banyak lagi la barang unik lain.
Wood and Steel memang sesuai dijadikan port makan-makan bersama famili mahu pun kawan-kawan. Kali ni, berpeluang lepak bersama Rakan Blogger yang dah jadi Tokey Nanas MD 2. Lepak makan tengah hari selepas serah album perkahwinan beliau tempoh hari. Alang-alang dah jumpa, minta dia COD kan Nanas MD 2 yang makin menjadi bualan sekarang ni. Memang sedap.
Baby Danish dah pandai excited bila nampak makanan ada depan mata. Sabar ye, lagi sebulan baru dapat makan solid food.
Linguine Chicken Carbonara pesanan Dayyan dan mommy. Portion memang banyak giler. Isi ayam yang dipotong kiub pun banyak. Puas hati untuk dua orang makan.
Abang Ayyan sekarang ni susah sikit nak makan nasi. Kena umpan dia dengan makanan bentuk lain. Tak roti, pasta je dia boleh terima. Tak pun nasi yang ada kaler kaler. Dah besar ni dah pandai demand lak ye haha.
Santai je interior kat sini. Tapi kat sini, reka bentuk kerusi meja tu semuanya hasil tangan pemilik Wood and Steel ni tahu. Kreatif.
Stuffed Chicken. Walaupun tersalah order, nasib baik menu ni kena dengan anak tekak aku.
Menu ringan ringan pun ada di sini. Tapi tetap nampak sedap kan.
Sepanjang lepak kat sini, mata baby Danish melilau dok tengok furniture dan lampu-lampu kat sini. Langsung tak nak duduk lama-lama. Kena dukung dan bawa dia pusing-pusing dalam Wood and Steel ni baru dia ok.









No comments:
Post a Comment