Thursday, 26 November 2015

Company Dinner 2015 di Latest Recipe, Le Meridien Hotel, KL

Latest Recipe, Le Meridien Hotel || 9 November 2015.

Event wajib setiap tahun – Makan Malam a.k.a Annual Dinner!

Antara event wajib setiap tahun dalam kalender aktiviti kompeni aku selain daripada ‘Birthday Celebration‘ setiap bulan. Ye, setiap bulan ada je staff yang menyambut ulang tahun kelahiran. Untung la sebab setiap bulan makan free..haha..

Staff kompeni aku ni tak pernah kelaparan aku rasa. Sesiapa yang nak diet memang akan ke laut..Lupakan aje, sepanjang tahun, ada je aktiviti makan makan ni.
Ok la kan. Kompeni yang ‘run’ bisnes dalam bidang kejuruteraan ni asyik stress manjang. Jadi, ini antara cara untuk mengurangkan stress selain daripada merapatkan ukhwah sesama teammate.

Menu apa yang best di Latest Recipe La Meridien ?

Sesi Buffet Dinner di Latest Recipe Le Meridien Hotel diadakan setiap hari dari jam 6.00am ke 12.00am. Kitorang sampai dalam jam 7.00 petang. Surau disediakan di Basement Level. Ruang makan boleh tahan besar dengan food station diatur di tengah-tengah dan bahagian tepi ruang makan. Ada menu masakan Melayu, India, Cina, Jepun dan Barat..tepuk perut, tanya nafsu makan ye..hehehe

Ada ‘private area‘ untuk sesi Annual Dinner ni. Siap ada permaidani & candelier bagai..Abang Ayyan siap buka kasut dia, ingatkan masuk rumah la tu ek.
Tak banyak ‘seat‘ boleh muat kat dalam tu, yang tak muat, kenalah dok luar kan hehe..

Bagi aku, kuantiti pilihan kat sini takdelah banyak sangat. Tapi kualiti dan rasa setiap menu tu memang terbaik. 1st plate aku, lamb chop dengan sos BBQ..sedap walaupun aku terpaksa makan diselang-selikan dengan acara mengejar abang Ayyan yang sangat aktif pada malam tu.

Ayyan dah make friend dengan anak-anak staff lain. Siap boleh ajak diorang untuk topup kan ‘candy’ di Dessert Sectionsebab aku tak nak ambilkan untuk dia. Mana taknya, Ayyan makan gula-gula yang kaler-kaler tu dah macam makan nasi! Ddy kasi ‘chance‘ malam ni je, sebab tak sampai hati nak marah dia depan orang lain..huhuh..

Selain sesi makan-makan, ada lak sesi main game ni. Ingatkan just main main kosong je, rupanya ada hadiah gak sapa yang menang.
Dah kenyang, dah penat main game, ada sesi potong cake untuk ‘Birthday Celebration’ GM dan Technical Advisor..Selamat hari jadi dengan ucapan, bonus kasi lebih lagi tahun ni ye..hehehe
Agak epik gambar ni. Macam gambar dating dulu-dulu. Sekarang ni dah jarang dapat gambar berdua, tak dalam gambar ada Danish, mesti ada Dayyan..tapi gambar ni pun masih ada stroller Danish gak! grr..
Burppp alhamdulillah..biasanya lepas berbuffet, mesti kenyang giler, tapi kali ni takde la sendat sangat. Mungkin sebabnya, sambil makan, diselang-seli dengan ‘exercise‘ kejar & dukung abang Ayyan…tak sabar nak tunggu Danish dah dapat kaki..:-p

No comments:

Post a Comment