12.10.2015, genap 3 bulan usia baby Danish.
Pengalaman kali kedua di bilik bersalin masih segar diingatan, insyaAllah akan segar sampai bila-bila sebab di situ aku lebih memahami pengorbanan seorang ibu.
Pengasuh harian.
Dah sebulan juga baby Danish dijaga oleh pengasuh, Cik Muna sewaktu aku&wifey di ofis waktu siang. Alhamdulillah, segalanya OK kecuali ada satu hari, 5 gigitan semut di kepala baby Danish sewaktu pulang dari rumah pengasuh. Mungkin Cik Muna tak sedar waktu tu, sebab yang dia bagitau, itu kesan gigitan nyamuk. Boleh tahan menangis gak baby Danish, mungkin kesan gigitan tu agak ‘panas’ bagi seorang bayi.
Baby Danish pun dah sesuaikan diri dengan ‘rumah’ baru, i guess. Tapi, memandangkan semasa di rumah pengasuh, ‘buaian’ menjadi tempat tidurnya. Bila di rumah ni, agak susah tidur tanpa dibuai. Nampaknya, nak kena cari buaian elektronik, atau tak nak dia terus biasakan diri untuk tidur dalam buaian? Tengoklah nanti..
Kepala dah botak licin!
Semalam, daddy dah berjaya mencukur rambut pertama baby Danish. Kata orang tua, tak elok dibiarkan rambut dari dalam perut(rahim) dibiarkan tanpa bercukur. Kalau abang Dayyan, ustaz di kampung yang cukurkan, kali ini biarlah ayah dia sendiri yang cukurkan. Sejak pemergian arwah ayah, aku rasa ini tanggungjawab yang patut aku buat juga, selepas menjadi wali & jurunikah adik aku. Tak ramai yang berani buat, tapi aku buat!
Sesi bercukurlicin berjalan lancar. Mommy pegang baby Danish sambil menyusu, aku cukur sedikit demi sedikit, berhati-hati. Tak menangis pada awalnya, tapi bila masuk separuh masa kedua, baby dah mula menangis. Tak selesa mungkin. Hampir sejam gak, setel! Takde la sampai botak licin berkilat, masih ada hitam hitamnya. Tu je yang paling maksimum, kalau tak, tangan baby Danish dah mula menolak-nolak tangan daddy. Biasa dia ni ye.
Sampai ke sekarang ni, kalau aku pegang kepala dia, dia dah rasa tak selamat. Mencebik je..hahah..rilex dik, next time baru kita cukur lagi ye.!
Semoga baby Danish terus membesar dengan sihat, bijak, jadi anak soleh dan sentiasa dibawah lindungan-Nya. Amin….~
No comments:
Post a Comment