Sebenarnya, kalau ikutkan tarikh hari ini, usia baby Danish Hayyan dah mencecah 2.5 bulan (dua bulan setengah). Makin hari makin pantas masa berlalu kan. Masih ligat bermain di benak fikiran ketika melalui saat-saat Pengalaman Kedua di Bilik Bersalin..
Untung ada blog, aku dapat rakamkan setiap perkembangan anak-anak (kadang tak nyempat gak, macam kes ini!). Macam aku dok cakap kat UncleZuan, salah satu bestnya ada blog adalah dapat THROWBACK dan baca balik perjalanan hidup kita. Ada ‘something’ yang boleh dijadikan panduan dan teruskan amalan menerusi kaedah ini. 
Baby Danish ada temujanji dengan PAED Dr.Shariza di Hospital Pantai Klang yang menyelia perkembangan dia dari hari pertama. Sepatutnya, temujanji di usia 2 bulan ni, baby Danish perlu disuntik dengan suntikan imunisasi DTP(Dos1)+Polio(Dos1)+HiB(Dos1). aku panggil suntikan 3 serangkai. Tetapi memandangkan sekarang ni, dos ini sangat ‘limited’ seluruh dunia, hanya hospital kerajaan atau klinik kesihatan sahaja dibekalkan, jadi terpaksa mencari masa yang sesuai untuk dapatkan suntikan ini.
Ye, memang sangat limited. 2,3 klinik pakar kanak-kanak yang aku call bertanyakan tentang dos suntikan ini, semua bagi jawapan yang sama. “Takde stok” Akhirnya, wifey terpaksa memohon cuti tahunan separuh hari untuk ke Klinik Kesihatan. Wifey aku agak ‘sukar’ nak ke klinik kerajaan memandangkan mindanya dah terpengaruh dengan cerita-cerita negatif orang di sekeliling dia tentang mutu perkhidmatan. Alhamdulillah, lain tempat lain kualitinya kan. Terima kasih kepada staf nurse Klinik Kesihatan Pandamaran yang melayan wifey&baby Danish dengan baik. Ala, menunggu lama tu biasala kan..hehe..
Senyum aku apabila mendengar cerita pengalaman wifey ke klinik kerajaan untuk check up baby Danish. Kipidap!
Perkembangan tumbesaran baby Danish, alhamdulillah dalam keadaan baik. Dengan berat di usia 2 bulan, 5.5 kilogram dan tinggi 62 sentimeter. InsyaAllah akan jadi tall&handsome macam bapak dia..haha..semoga menjadi insan yang soleh dan memberi kebahagian kepada orang-orang di sekelilingmu ya nak.
Hari Raya Korban 2015 kali ni, pertama kali Baby Danish Hayyan travel jarak jauh. Good boy! Takat 7 jam perjalanan KL-Besut, apa ada hal. InsyaAllah, aku nak latih anak-anak untuk biasakan diri dengan perjalanan jarak jauh, supaya mereka sentiasa bersedia dan berdaya tahan untuk melangkah lebih jauh dan tengok dunia luar. Selamat berjaya anak-anak ddy!

No comments:
Post a Comment