Monday, 17 August 2015

Check up Baby Danish 1 bulan

Sabtu lepas, baby Danish ada appointment dengan Dr.Shariza di klinik beliau di Hospital Pantai Klang, paediatrician in charge sejak jam pertama lahir.
Appointment untuk bulan pertama kelahiran. Salah satu tujuan utama ialah untuk suntikan kali kedua Hepatitis B. Kali pertama adalah semasa hari kelahiran.
Apa itu Hepatitis B?
Hepatitis B adalah infeksi hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B. Infeksi ini dapat mengakibatkan kerosakan pada hati selanjutnya dan menyebabkan kanser hati.
Selain suntikan Hepatitis B, perkembangan terkini baby Danish juga direkod. Berat terkini baby Danish ialah 4.5 kilogram, dengan ketinggian 56cm. Ukur lilit kepala dan lain-lain fizikal juga diperiksa Dr.Shariza untuk memastikan perkembangan baby Danish adalah positif dan tiada tanda-tanda negatif lain. Alhamdulillah. Kecuali, taik mata baby Danish masih ada(kekuningan). Tapi tidak membimbangkan. Kata doktor, mungkin disebabkan saluran air mata masih belum matang. Harapnya tiada saluran yang tersumbat yang boleh menyebabkan infeksi. Nauzubillah..
Semoga baby Danish membesar dengan sihat dan bijak. Walaupun baru sebulan, dah berjaya ‘flip’ badan, nasib baik atas tilam..huhuhu..
Note: Hari ni pertama kali berjauhan dengan baby Danish untuk jangka masa panjang atas komitment kerja di luar kawasan. Gonna miss my boys&mmy…

No comments:

Post a Comment