Minggu ni, antara minggu paling ‘best’ dalam hidup aku. Terasa macam lama gila nak tunggu hari Jumaat ni.Eh, esok la kan.
‘Best’ dalam erti kata yang subjektif. Bukan ‘direct translation’.
Mana ada semua bestkan. Nak tak nak, mesti dalam best, ada yang tak best.
Dalam banyak banyak event dan peristiwa ( +ve & -ve) yang terjadi dalam hidup aku minggu ni, untuk jangka masa panjang, paling terkesan ialah ‘resignation’ oleh ‘Senior Project Engineer’ dalam ‘team’ aku. Terkesan sebab dia dah lama dengan kompeni dan dia antara yang pakar dalam ‘designation’ untuk sistem kami. Yang cari pangganti yang ‘on the spot’ boleh ganti dia dalam ‘team’ ni, memang taklah. Nak tak nak, segala ‘work load’ dia akan jatuh ke bahu aku dan juga sorang lagi ‘Service Manager’ yang agak berumur..hehehe..
Bukan takut atau ‘give up’ tapi, BEBAN itu makin bertambah, bukan sahaja di bahu, tapi di kepala otak ni..hahaha..
Sebenarnya, dah lama tak rasa KUSUT seperti hari ini. Sesekali, bagus gak ada masalah. Setidaknya, aku mampu mempraktikkan keupayaan aku berfikir secara kreatif dan kritis dan membuat keputusan dalam saat kritikal untuk mengawal keadaan dan juga emosi.
Semoga cabaran yang bakal aku hadapi, mampu aku atasi dengan bergaya dan stedi!
Selamat maju jaya buat kawan-kawan yang menukar haluan dalam kerjaya masing-masing 
Sibukkan diri kita dengan mencintai Allah, Rasullah & insan-insan tercinta, sehingga kamu tiada masa dan ruang untuk kamu membenci sesiapa.
No comments:
Post a Comment