Setahun berlalu Aidilfitri 2014.
Kini dah pun tiba Aidilfitri 2015. Yang pasti, peristiwa setahun yang lepas kini menjadi kenangan. Ada hikmah di sebalik ujian daripada-Nya. Kami redha.
Pemergian arwah ayah setahun yang lalu, diganti dengan kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarga kami. Besar sungguh kuasa-Mu, Dia ambil arwah pada 12 Julai, dah Dia datangkan orang baru dalam keluarga kami pada 12 Julai setahun selepas.
Adik Dayyan Harith, anak lelaki kedua kami hadir seminggu sebelum Aidilfitri 2015. Baby raya dan penambah keceriaan keluarga aku. Walaupun tak berkesempatan pulang berhari raya di kampung, tapi raya kami tetap meriah di sini. InsyaAllah, hujung minggu ni aku pulang untuk melawat pusara ayah dan bawa Nekmi untuk bersua-mata dengan cucu ke-4nya.
Kiranya masih sempat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya untuk semua yang sudi membaca dan memberi sokongan kepada blog JMR23dotCom ini. Maaf Zahir & Batin sekiranya ada terkasar bahasa, baik di alam maya atau di luar sana..
Semoga Hari Raya aku dan korang terus ceria, rayakan sebulan…
No comments:
Post a Comment