Tuesday, 23 June 2015

Check up 9 bulan

20 Julai 2015, Hospital Pantai Klang.

Alhamdulillah, 2nd #JMRjr dah masuk bulan ke-9 di dalam rahim ibunya. Hujung minggu lepas, Puan Nunu ada check up bersama Dr. Tricia Thomas selepas ‘skip’ last check up. Tapi bukan isu besar, sebab mengandung kali ni, klinik kerajaanpun dia pergi, hospital swasta pun dia pergi. Ada pro&con dalam kedua-dua organisasi ni. Sebagai consumer, kenalah bijak menilai dan memilih.
Ok. Kali ni appointment jam 9.30 pagi. Consult sekejap dengan Dr. Tricia, then proceed dengan timbang berat badan. Satu aku kagum dengan wife aku ni, makan banyak tapi berat dalam range yang baik. Tak tinggi dan tak terlalu rendah, berkadar langsung dengan perkembangan baby dalam perut. Alhamdulillah.
Sesi scan baby paling aku suka. Aku pasti, bukan aku je suka sesi ni kan. Dapat tengok baby gerak-gerak, dengan denyutan jantung baby dan tahu perkembangan terkini. So far, di usia 9 bulan kandungan ni, berat baby dah 2.9kg. InsyaAllah dalam 2,3 minggu lagi, berat akan melebih 3kg sebelum proses bersalin. Denyutan jantung semua cantik.
InsyaAllah, kalau takde aral, Puan Nunu akan bersalin di sini since kat sini lebih dekat dengan rumah MIL, Cuma kat sini tiada doktor muslim yang boleh sambut kelahiran baby, tapi still boleh request hanya doktor wanita yang akan berada dalam bilik bersalin. Semoga dipermudahkan oleh-Nya.

Sejak dari awal pregnancy, Dr.Tricia yang check dan consult Puan Nunu, memang dia jadi pilihan utama. So far so good perkhidmatannya. Kali ni, Dr.Tricia offer untuk sesi fetal ECG test dan get familiar dengan wad bersalin di sini. Kiranya macam ‘site visit’ le. Puas hati. Nurse-nurse pun baik dan comel-comel..haha


Ada 2-3 minggu lagi sebelum tiba dua datenya. Semoga dipermudahkan segala oleh-Nya. Juga, semoga aku diberi peluang sekali lagi untuk merasai Pengalaman di Bilik Bersalin. Mohon doakan juga ye.

No comments:

Post a Comment