Monday, 20 April 2015

Superbike – hadiah hari jadi Dayyan

11 ~ 12 April 2015
Berkesempatan balik kampung di hujung minggu. Travel KL – Terengganu selama lebih kurang 7-9 jam dah menjadi rutin bulanan aku sejak pemergian ayah, Julai 2015. Kadang-kadang sebulan sekali, kadang dua bulan sekali. Kali ni pulang untuk persediaan perkahwinan adik perempuan aku yang bakal diijabkabul pada hujung Mei ni. Penuh satu kereta bawa dulang hantaran dan balance door gift. Nebes gak aku nak kena jadi wali semasa majlis akad nikah nanti..hihihi…
Trip ‘balik kampung’ kali ni berjalan dengan lancar walaupun kitorang bertolak jam 8.30malam dan tiba jam 5.00 pagi di Besut, Terengganu via Gua Musang..kena make sure betul-betul fit, almaklumlah pada siangnya dah 8 jam di ofis, then balik je dari ofis terus bersambung dengan perjalanan selama lebih kurang 8jam lagi..
Sampai je kat rumah Nekmi jam 5 pagi, masuk je rumah, elok lak Dayyan terjaga dari lena, mata terus segar, mulut terus melopong bila tengok sebuah ‘superbike’ kat depan dia. Biasa tengok kat Tesco je, nak kena bayar RM1.20, gerak la sikit-sikit selama 5minit. Kali ni, yang real depan mata. Surprise!
Nasib baik, ‘superbike’ ni tak fully charged lagi. Battery weak, kena charge luh..kita sambung tidur luh ye..5 pagi kot ni bro!

Elok je pagi, ‘superbike’ pon dah ‘fully charged’, apa lagi..start enjin la. Bunyi ‘vromm vromm’ boleh tahan. Bunyi masa start je la, then pastu senyap. Pakai bateri ma..nak ride senang je, ada satu pedal kat belah kiri. Tekan je situ, merempit la ‘superbikere’ ni.
Yang bestnya, siap ada muzik. Leh adjust volume nak kuat ke nak slow down. Dah bunyi macam geng-geng ‘scoot’ la plak. Bunyi cam motor jual aiskrim paddle pop pon ada gak..hahaha
Asyik berkepit dengan ‘superbike’ la kan. Slow-slow belajar tekan minyak. Ada sekali tergolek sebab tak seimbang masa nak naik. Elok je ‘superbike’ ni hempap badan Dayyan. Nangis bukan sebab sakit aku rasa, tapi sebab terkejut dengan tempikan makcik-makcik yang tengok kejadian tu. Aku pujuk dia, bisik kat telinga dia “Nak jadi rider, kena kental, nanti awek tak pandang“..terus diam dan sambung main..
Memang excited Dayyan dapat ‘superbike’ ni..thank you Chik Ina sebab hadiahkan ‘superbike’ ni sempena hari jadi Dayyan yang ke-2 , 23 April ni..save bajet ddy…hahaha

No comments:

Post a Comment