Tuesday, 21 April 2015

3 jam bersama Dayyan..

Ini pertama kali aku apply Annual Leave untuk lepak bersama ‘Abang Long Ayyan’ pada hari jadinya. Aku je since Puan Nunu agak sibuk pada hari tu. Lagi pun aku ada hal yang perlu diselesaikan dengan KWSP dan MAXIS.
Dah setel segala urusan, aku ke rumah untuk ambil dak kecik ni. Excited dia tengok aku balik awal. Tapi masih belum mandi. Bukan main susah nak ‘tangkap’ dak kecik ni untuk mandi. Lain macam lak perangai bila dah masuk 2 tahun ni ye.
Sementara menunggu mmy setel kerja, Ayyan minta nak ke One Utama. Ni second time aku travel berdua dengan Ayyan dengan kereta. Most of the time, ada orang ketiga. Utamakan keselamatan. Aku wajibkan Ayyan dok dalam car seatsepanjang masa, pakai full safety belt. Berguna gak aku beli car seat Fisher Price ni, boleh guna since new born sampai besar. alah membeli, menang memakai kan. Selesa untuk perjalanan jauh dan dekat.
Datang One Utama, memang wajib Ayyan minta ride menatang ni. Eh menatang apa ek? RM4 untuk 10 minit..cehs, dah naik RM1 selepas GST. Sekali je ride, dah habis power menatang tu, cepat-cepat aku bawa Ayyan ke tempat lain. Kang ada yang minta nak ride plak kan.
Sekali-sekala jalan berdua dengan anak, memang best. Tapi kena perhatikannya setiap masa. Kalau ada wifey, boleh gak, sekali-sekala jeling-jeling di Whatsapp Facebook atau Instagram, Bila berdua takleh lak. Setiap saat kena perhati je. Anything can happened kan.
Ye, dah terbukti. Semasa lepak minum petang pekena Chocolate Blended & Blueberry Muffin, aku & Ayyan lepak sambil layan dia makan lepas penat bermain. Aku tengok je cara dia minum sambil suapkan dia muffin tu. Dah besar ni memang tak bagi aku pegangkan cawan/gelas untuk dia minum. Tak macho katanya.
Separuh masa pertama, ok je dia minum. Sopan dan tertib. Tiba-tiba telefon aku vibrate. Dua saat aku pandang telefon, then bila aku pandang Ayyan balik, dia dah togok Chocolate Blended tu sebab nak susah nak sedut guna straw tu kot. Amik ko, limpah penuh bahagian dada baju tu..
Cuak ok. Nasib baik air sejuk. Cepat-cepat aku lap. Dah la tak bawa baju spare. Dah la dia pakai ala coverall, memang kena beli baju satu set la ni. Pandai cara ko paww bapak ye. Nasib baik Parkson sebelah je. Terus mencari baju saiz Ayyan. Sambil dukung dia, sambil mencari. Aku capai je mana yang aku rasa ok pada pandangan pertama aku. Ayyan rileks je sambil menyengih. Nasib baik akak kaunter dah perasan, dan tanya nak pakai sekarang ke apa. Siap tolong potongkan tag harga bagai. Aku masuk nursery area, buka baju kotor tu, dan sarungkan baju baru. Bravo! RM150 untuk satu set baju KIKOberjaya Ayyan paw..hadiah hari jadi kata mommy ye…

No comments:

Post a Comment