Antara feveret HERO Dayyan adalah team ULTRAMAN. Kalau tanya, “Ultraman macam mana?” konfem dia akan jawab “Haiyakk!” sambil angkat tangan gaya Ultraman Cosmos!
Rezeki Dayyan pada hujung minggu lepas. Bertemu mata dengan HERO-HERO pujaan hati dia di event Ultraman LIVE in Genting yang sedang berlangsung sekarang hingga 29/3/2015. Awal-awal Puan Nunu dah beli tiket kot online dengan harga yang berbaloi. Untuk maklumat lanjut Ultraman LIVE in Genting, boleh ke website GENTING MALAYSIA.
Hanya ada dua show setiap hari- 4 petang & 8 malam di Genting International Showroom. Tiket kami untuk show jam 4 petang dan boleh mula di’redeem’ bermula jam 2 petang. Masa nak amik tiket, memang jelas kelihatan keterujaan kanak-kanak yang tak sabar nak menyaksikan Ultraman secara LIVE. Ye la kan, biasa tengok di kaca TV, kali ni depan mata!
Kami masuk setengah jam sebelum show bermula. Masa ni diadakan sesi bergambar dengan Ultraman. Bayaran sebanyak RM35 dikenakan print our gambar korang dan diframekan dengan frame limited edition.
Persembahan dimulakan dengan sesi perkenalan atau ‘remind’ geng-geng Ultraman. Baru aku tahu, Ultraman ni dah wujud sebelum bapak Dayyan lahir lagi. Tapi masih kuat dan tahan bateri di dada mereka…heheheh..seingat aku, masa kecik-kecik luh, aku pun ‘taksub’ gak dengan Ultraman ni. Pantang ada kat TV1 masa tu, pasti TV tu aku punya. Takde sapa boleh take over ke channel lain..Skang dah jadi habit si Dayyan Harith lak..nasib baik bapak faham nakkk..
Ultraman LIVE in Genting ni seakan-akan persembahan teater berteknologi tinggi. Ada efek-efek laser. Ultraman tendang tumbuk raksaksa tu pun cam REAL je. Siap ada sound effect tumbukan tu..ditambah lak dengan laser bagai. Mana lak kanak-kanak kat sini tak teruja giler kan.
Show lebih kurang sejam. Tengah-tengah ada selingan persembahan oleh watak cute & juga Emcee comel. Masa ni gak lak, geng-geng Ultraman akan datang ke seat-seat untuk beramah-mesra. Masa ni la diorang dok berebut nak berselfie dengan Ultraman ni kan. Lagi best, yang dok berebut nak berselfie tu, bukannya anak-anak kecil tu. Tapi abang-abang, akak-akak dan juga mak pak yang lebih excited nampaknya! Well..kami pun membesar dengan watak hero ni kan..hehehe
Scene paling gempak bila mana the most powerful giant ni keluar. Aku dok terfikir sampai skang, berapa orang dok dalam kostum menatang tu?? Besar kot. Takkan by remote control kan. Masa ni gak lak, geng-geng Ultraman lain keluar serentak. Masa ni gak, si Dayyan Harith dah excited giler, berdiri atas kerusi sambil tumbuk-tumbuk ke depan. Aku lak excited tengok dia..
Tak pasti lak, total famili Ultraman ni hanya 8 orang atau lebih? Ada sapa-sapa tahu?
Salah satu kebahagiaan mak pak bila tengok anak mereka GEMBIRA..betul tak? Alhamdulillah…
Merchandise ULTRAMAN LIVE in Genting milik Dayyan Harith, kecuali robot tu. Tu bawak dari rumah. Jam projektor tu best. Dapat 3 sebab setiap pembelian tiket VIP akan dapat ni FREE. Kalau tak kena beli, RM30++ dengan tiket..takde tiket, RM80++ kot..takdenya nak beli..hahaha..yang bestnya, Dayyan Harith suka giler dengan jam projektor ni. Sampai ke tidur dipakainya, taknak buang. Tapi tahu lak tak leh pakai masa mandi..aish..!
Bagi mak pak yang tahu anak mereka excited dengan Ultraman ni, inilah masanya untuk bawa mereka. Bagi aku, series berbaloi..ingat nak pergi bawa adik Dayyan lak, harap ada lagi tahun depan! Enjoice.
No comments:
Post a Comment