Thursday, 5 March 2015

Pemandu cilik Drone.

Sejak dua tiga hari ni, Netizen kecoh dengan dakwaan seorang pemandu DRONE menceroboh kawasan larangan di bawah Akta Penerbangan Awan 1969 dengan menerbangkan DRONE DJI Phantom 2 yang mampu terbang hingga ketinggian 1000 meter.

Aku ingatkan ini isu biasa. Rupanya isu panas gak. Terutamanya, timbul ketidak-puashatian penggemar permainan alat kawalan jauh ini apabila ada ura-ura mengatakan penguatkuasaan lesen untuk gadjet kawalan jauh ini. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Rasanya tak perlu kot..


Kalau kena lesen gak, kesian la kat anak aku nanti. Baru je nak berjinak-jinak untuk memandu DRONE ni sebagai hobi bersama bapaknya. Cukuplah dengan hanya AMARAN KERAS kepada pemandu DRONE supaya menerbangkan jentera mereka di tempat yang sepatutnya..jadilah pemandu yang bijak…hehe
Note: Kesian lak aku YengNasir yang kena maki kaw-kaw akibat tindakan beliau memuat naikkan gambar-gambar ‘hebat’ semasa pendaratan pesawat di lapangan terbang menggunakan DJI PHANTOM 2 miliknya..terlajak perahu boleh diundur, terlajar DRONE kena U-turn la kan….

No comments:

Post a Comment