Thursday, 26 March 2015

Bonanza RM3

Dalam lama tak makan sushi di Sushi KingLately ni, biasa ke Zanmai Sushi atau Sakae Sushi. Selera lebih ke sana. Lagi pun, Sushi King dah makin ramai pelanggan, asyik full house je. Malas nak beratur.

Tapi hari Rabu lepas, since aku dan Puan Nunu terpaksa ambil Emergency Leave sebab nak setelkan 2,3 perkara kecemasan, sempatlah singgah di One Utama untuk makan tengah hari. Terperasan lak, 24-26 Mac, tengah ada Bonanza RM3 di Sushi King. Semua plate berharga RM3, yg RM6 pun jadi RM3. Ok, ni first time aku ke Bonanza RM3. Paling last ke Sushi King masa Bonanza RM2. See, dah agak lama aku tak ke Sushi King..First aku aim, semestinya Unagi (belut)!

Selain Unagi, aku akan rembat sepuasnya, Ebi furai (udang), Salmon, Ebiko etc! Masa Bonanza ni, tips yang berbaloi, ambil plate yang tinggi nilainya di hari biasa. Setidak yang berharga RM4/RM5/RM6 di hari biasa.


Nasib baik ada wife yang boleh makan sushi sama-sama. Siap boleh ‘challenge’ plate sapa paling banyak. Gasaklah sepuasnya. Tapi jangan lupa, kita bukan penjawat awam, gaji tak masuk lagi kan? hahaha..

Apa-apa pun, takleh lawan salmon ni. 90% mentah. Tapi dianya tekstur, kunyah sambil pejam pejam mata nikmatnya;juicy hoi..hahaha..


Selepas habis berbelas pinggah, baru keluar salmon yang ni. Perut dah penuh giler, lagi pun dah baca doa selepas makan. Tempting punya pasal, terpaksa baca doa sebelum makan lagi sekali. Sepingga dua pun jadilah..lepas ni, wifey dah bersalin, takde sapa nak teman dah..eh ke ada yang nak teman? PM ye….hahahah..


Setel. Yang belah kiri tu yang si suami, yang belah kanan tu yang si isteri. Suami mana boleh kalah kan..
Burppp..alhamdulillah..bila lagi ek Bonanza RM3 ni? Alang-alang dah sign up membercard balik dengan RM20, lepas ni ‘terpaksa’ la selalu ke sini. Agak-agak kalau bawa si Dayyan Harith tu, boleh join cabaran ni tak?
#gambar daripada Iphone 5s..ghegheghe…

No comments:

Post a Comment