Series, masa berlalu begitu pantas. Dengan kesibukan rutin harian, tup-tup baby Dayyan Harith dah boleh dipanggil ‘abang’ Dayyan. Bukan sebab dia dah dapat adik baru, tapi cepat sangat membesar ni..insyaAllah nanti boleh dipanggil ‘abang Dayyan’ la. Hari genap usia dia 1 tahun 8 bulan. Makin lasak, makin aktif, makin bijak, makin menghiburkan..cuma sedikit risau sebab masa belum petah berkata-kata..harap-harap Ayyan cepat-cepat la petah bercakap je, pening nak faham kalau dia minta air masak, aku bagi bantal…
Dan kebetulan, hari ni gak Hari Jadi adik bongsu aku, Nazuha a.ka Uha. Pun terasa cepat benor masa. Dulu-dulu terkedek-kedek dalam rumah, manja, asyik menangis je masa kecik. Masuk sekolah, dah namanya anak bongsu, pemalas boleh tahan, tu belum kira ada back up besar. Masa kecik, boleh tahan rapat ngan aku, sebab abang sulung. Jarang kena marah ngan aku, mungkin perbezaan usia. Sekarang dah besar, pandai bawa diri dah. Compare dengan akak dia yang bakal berkahwin nanti, Uha ni nampak lebih ‘tough’ dari segi emosi dan perwatakan, nampak lebih berdikari. Paling penting, jarang dia ‘pow’ aku berbanding akak dia a.ka adik ke-3 aku…
Mereka berdua semasa muda haha (setahun yang lepas je kot).
Semoga mereka dipanjangkan umur, ditingkatkan iman, dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki yang melimpah, dan mencapai segala yang diimpi..yang penting kena sentiasa ingat, mesti bangkit walapun beratus kali jatuh..
No comments:
Post a Comment