Jangan silap tajuk, bukan Majlis Pertunangan Dayyan Harith, apatah lagi Majlis Pertunangan Bapak Dayyan Harith. Ni majlis pertunangan pakcik Dayyan Harith, yang berlangsung di Segamat, Johor. Ni kiranya pertama kali Dayyan hadir ke majlis pertunangan kot. Excited kan main dengan hiasan hantaran, tak dok diam dia. Maklumlah, masa ayah & mak dia bertunang dulu, dia tak wujud pun lagi..heheh..
Dek kerana excited nak ke rumah belah perempuan, Dayyan awal-awal dah tertidur dalam kereta. Dah setel, perbincangan dan upacara menyarung cincin, baru dia bangun. Timing cun. Dah fully charger tenaga dia, memang aktif ke sana ke mari la. Nak-nak ada tetamu ramai kan, lagi la menjadi-jadi attention seeker dia a.k.a ‘ggong’ dalam loghat Kelate..haha.
Anak-anak seusia Dayyan memang tertarik dengan warna yang pelbagaikan. Ada je dia nak cuit yang kaler merah, yang kaler pink..mungkin dia pelik tengok kot benda-benda tu semua, terutamanya handmade bantal yang tertera nama bakal suami ister, Faris & Ayie.
Terserlah keceriaan di wajah diorang ni. Ye la, nak make sure kan majlis pertunangan ni berjalan lancar, mesti makan masa dan tenaga gak kan. Serba sedikit ada tekanan sebelum majlis berlangsung kan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Lepas ni kena struggle untuk persiapan perkahwinan lak kan. Good luck. Semoga berjaya menempuhi alam pertunangan yang pasti akan ada pahit manis dan cabarannya. Yang penting kena banyak bersabar dan bertolak-ansur. Betul tak?
Teringat masa zaman bertunang dulu. Even tak sampai setengah tahun, tapu boleh tahan gak cabaran. Alhamdulillah, berjaya harungi semua tu dengan jaya dan sekarnag, dah menjadi kenangan manis!

No comments:
Post a Comment