Sunday, 4 May 2014

Pengalaman pertama join Blogger Food Review. Dayyan Harith suka!

Food review untuk blogger di U-Cafe Wangsa Walk semalam adalah event kedua Dayyan Harith selepas Test Drive bersama Kak Pilla sebelum ini. Nampaknya kali ni, dia lebih excited, nak-nak bila macam-macam food dihidang di depannya, non-stop ok dengan lebih 15 hidangan.
Since dah berstatus ‘1 Tahun’, daddy kasi chance menjamah setiap hidangan yang lulus syarat-syarat ingredient yang sepatutnya. Apa lagi, sikit-sikit lama jadi bukit kan. Setiap menu yang dihulur, pasti disambut dengan reaksi muka, ” Hmmm sedakkkk molek!” . Tokey U-Cafe tengok pon mesti bangga, sebab budak-budak tak reti menipu kan. Yang sedap, mesti budak cakap sedap…
 
Nak tahu review tentang makanan atau details lain mengenai U-Cafe ni, nantikan post entri selepas ni ye. Ni kira teaser la. Nak cakap, we had FUN semalam dengan servis & menu makanan yang dihidangkan semalam. Alhamdulillah, Dayyan pun tak banyak songeh semalam. Nak-nak bila ramai lak yang melayannya. Tapi sekali-sekala ‘buat hal’ gak sebab dok kena cium ngan awek je kan..hahaha..
Dua hari lepas, Dayyan Harith ada pengalaman ngeri dengan doktor perempuan. Mungkin trauma, setiap kali ada awek nak dukung, mesti muka dia gelabah at the first. Dua tiga minit, baru ok dengan Ainaa Roseberry ni.
Pengalaman pertama yang menerujakan bagi Dayyan Harith, I guess. Ada banyak food. Ada baby & kawan seusianya dengannya kat event ni. Dan paling teruja, boleh ngorat, jelir-jelir lidah kat aunty ‘Nora Danish’..eh Nora Danish pun ada ek kat event ni semalam??? 
Lagi satu, rupanya ada sedara mommy Dayyan gak yang join Food Review ni. Lepas balik rumah, baru tahu..iskh iskh..keciknya dunia ni..
Check it out on next post- Blogger Food Review di U-Cafe !!!

No comments:

Post a Comment