Tuesday, 27 May 2014

Majlis Hari Jadi Dayyan Harith Turns 1

ALhamdulillah, setel gak majlis ringkas untuk anak lelaki aku&Puan Nunu selepas tertangguh hampir sebulan. Tertangguh disebabkan demam campak yang tidak dijangka. Ingat nak cancel dah, tapi memandangkan makanan dan persiapan lain sudah pun dibuat, kitorang teruskan juga dengan majlis simple-simple dengan jemputan untuk sedara dan member terdekat.

Selain daripada makanan utama (mihun goreng Singapore, roti jala, kuih-muih&naget bagai) of koslah CAKE HARI JADI adalah makanan yang wajib ada untuk majlis hari jadi kan. 3D Cake bertemakan Mickey ni dah ditempah 2 bulan lepas+tertangguh sebulan..hehe..customized by Puan Nunu+idea daripada chef hebat di Mad About Cake Shop. Sangat berpuas hati dengan hasil kreativiti diorang ni. Nanti citer pasal kek ni di next entri.

Oh ye, hampir 90% idea dan preparation ni datang daripada idea wife aku. Biasalah, benda-benda gini mak yang excited lebih kan. Dengan party pack & kaler-kaler konon-konon ikut tema Mickey Mouse. Bapak lak ‘excited’ tang budget..Dayyantak tahu pa pe pun aku rasa..hahahah

Last potong kek masa majlis kahwin kitorang dua tahun lepas. Ni rasa segan gak dok depan tetamu untuk potong kek.

Dayyan sangat excited tengok 3D Cake tu. Jenuh gak nak menghalang dia daripada terkam kek tu. Rasanya sebab Mickey ni memang feveret kartun dia. Dah tu dengan kaler merah.hitam.putih siap ada bola-bola kat tepi, dia tunggu masa yang sesuai je untuk terkam. Nasib baik sumer under control sebelum tiba masa potong kek tu..hehehe..
Dayyan Harith, satu je ddy minta. Be a good boy ok! Ddy dan mmy sanggup buat apa saja, janji Dayyan jadi ‘orang’ sampai bila-bila.

Port meja kek ni memang feveret budak kecik. Ni gambar Dayyan dan Pak Cu Ahmad(dia ni pangkat pakcik kepada Dayyan tau), umur dekat-dekat je. Syiok je diorang dok baraikan sisa-sisa kek lepas majlis. Suka tengok pakcu Ahmad dok melayan Dayyan dan main kejar-kejar dalam rumah tu..

hahah..sapa kata boy tak suka teddy bear. Even nampak tak macho, Dayyan pedulik hapa..haha..suka betul dia dengan teddy bear, prezen daripada Wan Ateh yang datang jauh dari Kelantan.

Terima kasih untuk yang sudi memeriahkan majlis ringkas untuk Dayyan ni. Dan terima kasih gak untuk YB Azri yang sudi bacakan doa selamat untuk Dayyan Harith sebelum memulakan majlis. Ada gak yang ‘kuciwa’ sebab tak dapat jemputan. Hmm..Sorila sebab untuk majlis ni, kitorang hanya invite sedara mara dan rakan yang terdekat. Lagi pun majlis ringkas ni untuk kids, takde pasang khemah bagai..heheh..next time, masa majlis berkhatan or majlis kahwin Dayyan, aku jemput semua ye..hehehe

Aku rasa, sesi paling excited bagi Dayyan adalah sesi buka hadiah. Memang nampak muka keterujaan dia tengok toys yang dia dapat. Kitorang limitkan untuk sesi ni, satu hari satu hadiah je boleh buka..hahaha..kalau tak, tak tahu mana satu nak main, last-last dia main tupperware+sudu+tin biskut je, main masak-masak..aieh..Terima kasih semua untuk hadiah yang best-best ni ye.

InsyaAllah, ada rezeki lebih dan kelapangan masa, berjumpa lagi kita di Majlis Hari Jadi Dayyan Harith Turns 2.

No comments:

Post a Comment