Bila usia anak genap satu tahun, kebiasaan ibu bapa merancang pelbagai aktiviti tambahan sebagai sambutan a.k.a celebration. Ada yang plan untuk adakan birthday party, bawa birthday boy/girl jalan-jalan, bagi makan food yg lebih ‘up’ dan macam-macam lagi. Maklumlah, tempoh tahun pertama anak membesar adalah antara tempoh yang mencabar bagi ibu bapa. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya, iye idok?
Dalam pada celebrate sumer tu, jangan lupa atau ambil mudah pasal imunisasi untuk anak-anak. Apa itu imunisasi? Ianya adalah satu proses memberi vaksin kepada bayi baru lahir untuk mencegah penyakit. Imunisasi vaksin ini boleh diberi secara suntikan melalui otot di bawah kulit atau melalui mulut. Refer to Kementerian Kesihatan Malaysia, diorang dah sediakan jadual imunisasi yang wajib diambil oleh semua bayi daripada lahir hingga ke peringkat umur tertentu.
Antara vaksin yang perlu diambil ialah;
- BCG – dos pertama ketika lahir.
- Hepatitis B – dos pertama ketika lahir, dos kedua selepas sebulan dan dos ketiga selepas 5 bulan.
- DTP – dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan.
- Polio (OPV) – dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan.
- Hib – dos pertama selepas 2 bulan, dos kedua selepas 3 bulan dan dos ketiga selepas 5 bulan.
- Measles-mump-rubella – dos pertama selepas 12 bulan, dos kedua selepas 6 tahun.
Selepas kali terakhir Dayyan Harith dicucuk di montot 6 bulan lepas, semalam dia mendapat lagi untuk suntikan 1 tahun..hehehhe.. Dos suntikan semalam adalah untuk Measles Mump Rubella(MRR). Selepas 6 bulan bermula hari ni, Dayyan akan mendapat suntikan dos yang sama lagi ye..
Sejak lahir hingga 5 bulan, suntikan imunisasi untuk Dayyan kami ambil di Hospital Pusrawi Kota Damansara. Tapi appoinment hanya di siang hari. Masuk suntikan untuk 6 bulan, kami ambil di Klinik Aminah, tak jauh dari rumah Mama Wan Dayyan. Better sebab lebih flexible dengan jadual kerja aku & Puan Nunu walaupun menunggu agak lama..hehehe..
Masa tunggu giliran, risau gak kami camana nak handle si Dayyan Harith ni masa nak inject tu..huhuhu
Jam 8.10 malam kami sampai dengan no giliran 11. Jam 9.40 malam baru dapat turn..Dayyan Harith dah mengantuk dengan mata merah-merah. First, bila doktor check suhu untuk check demam ke tak, mata dia boolat. Tersentak dari lamunan kot bila doktor aim thermometer digital kat dahi dia. Then, amik berat dia. 9.5 kilo, kitorang ingatkan 15 kilo dengan beratnya sekarang ni. Bila doktor dah ready dengan jarum suntikan, aku meniarapkan dia dan pegang kaki. Masa ni ok lagi, tenang je. Tapi bila doktor buka seluar dia sikit, dia dah menggelabah. Mesti Dayyan pikir, ‘pehal pompuan ni nak tengok montot gua!’ ..haha..Dayyan dah start risau. Puan Nunu pegang tangan dia, aku pegang kaki dan doktor pegang montot dia, ‘srappppp’..time ni ni dia punya menjerit memang high pitching, sampai hilang suara tu..
Tak sampai 20 saat, dah setel! Nasib baik jerit Dayyan ni, style tak lama. Sekali tarik je..tapi pastu dia jeling doktor, then sambung nangis..sambil menjeling tajam dengan rasa geram kot..hahaha..
Done..keluar je bilik doktor, Dayyan dah senyap, kontrol macho sebab ada gegirl kat luar tu..tapi air mata still meleleh..haha..cian anak daddy..
See u doc in 6 months.. tak leh imagine masa tu Dayyan mesti dah petah berbicara dan tenaga makin kuat..Harap-harap dia suka dengan injection kali ni..hahaha
No comments:
Post a Comment