Sunday, 30 March 2014

Hari minggu, masa untuk Dayyan Harith

Hari Ahad, hari minggu yang ramai tak suka. Kenapa? Sebab esok hari Isnin. Tiap-tiap minggu sama je…
Tapi tidak untuk minggu ni. Ya, esok masih hari Isnin, tapi bukan sebab tu. Sebabnya office aku tutup sampai ke hari Selasa, sebab majoriti join company trip ke Perth, Australia. Best. Cuma staff yang baru masuk je tak berpeluang join. Antaranya, aku lah tu. InsyaAllah tahun depan. Isnin dan Selasa aku cuti. Jadi, mood cuti panjang ni lain macam sket. Lagi pun, petang tadi, Umi&Ayah datang ke rumah kami. Sambil-sambil tunggu diorang sampai, memang masa di hari Ahad kami dihabiskan untuk melayan si Dayyan Harith. 
Makin hari, makin aktif dan bijak. Dah pandai berkomunikasi dan memahami. Di fasa ni, dah jarang tidur di siang hari. Nak ajak main je kijenye. Nak taknak, memang kena sentiasa melayan dan memerhatikannya.
Sepanjang hari dok kat rumah pun bosan gak kan. Nak drive jauh-jauh redah jamm, memang aku malas. Nasib baik One Utama dekat dengan rumah. Lepas Asar, gerak ke One Utama sambil menunggu ketibaan Nek Mi & Aki Dayyan dari Besut. Saja nak berjalan tanpa tujuan. Singgah jap di Dave’s Deli untuk mengopi dan mengeteh.
Bila tengok gambar ni, series macam sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku azankan Dayyan Harith ni selepas selamat dilahirkan. Hari ni, dah ada dua batang gigi, dan pandai bertatih dan dah memahami komunikasi kami. Alhamdulillah, selera makannya bertambah havoc dan berkadar langsung dengan berat badannya.
Selesai sesi mengeteh dan mengopi, berjalan menuju ke Hamleys di tingkat 1. Sapa pernah masuk ke Hamleys ni? Bagi yang tak pernah, Hamleys ni kiranya cam ToysrUs gak la. Banyak toys best dan imported. Ni salah satu port feveret Dayyan. Sebab, ada banyak toys yang boleh dimain/ditry kat situ. Last time datang, dia tak memahami sangat. Sekarang ni, dia excited gile. Sampai tak tahu mana satu nak try dan main. Beli lain kali, kata Daddy..hahaha
So far yang aku nampak, Dayyan memang minat ngan laptop. Everytime aku buat kije guna laptop, konfem merengek nak tekan-tekan keyboard gak. Sekarang ni, siap buat action menaip laju-laju dan gerak-gerakkan mouse konon-konon tengah buat kerja. Dah masukkan ‘My Own Laptop’ by Leap Frog ni dalam list untuk 1st birthday present dia. Belum decide lagi nak hadiahkan apa.
End of the day, bukan main excited bila Nek Mi, Aki & Chik Ina sampai. Orang dinner, dia pun semangat nak dinner. Then, tunjuk kat NekMi&Aki yang dia dah boleh bertatih sambil pegang Stride to Ride Lion dia. Mulut toksah cakap, tak berhenti berborak sampailah dia tidur…

No comments:

Post a Comment