23November2013 : Port Klang
Tengok kan tarikh tu, banding dengan tarikh hari ni, rasa cepat bebenor je masa berlalu kan. Gambar pun dah lama sangat peram kat hardisk tu.
Act. Majlis Kesyukuran ini diadakan oleh my MIL&FIL cum as doa selamat untuk famili. Kebetulan pada hari kejadian ni, jatuh tepat-tepat ketika usia baby Dayyan Harith 7bulan. Alhamdulillah, selama 7 bulan ni, baby sihat walafiat, just demam sekali ketika usia 5 bulan, selsema yang agak lama ketika usia 6 bulan dan kembali pulih selepas consume Nutriferon untuk support antibodinya.
Jemputan hanya sekadar sekadar mara, kawan-kawan rapat dan jiran tetangga. 1 khemah bukak dan lauk pauk di tempah khas dengan katering yang sama masa kenduri kahwin JMR+Nunu, hampir dua tahun yang lepas. Servis bagus, barang bagus mestilah repeat orderkan.
Jemputan hanya sekadar sekadar mara, kawan-kawan rapat dan jiran tetangga. 1 khemah bukak dan lauk pauk di tempah khas dengan katering yang sama masa kenduri kahwin JMR+Nunu, hampir dua tahun yang lepas. Servis bagus, barang bagus mestilah repeat orderkan.
Acara makan-makan secara tidak rasmi bermula sebelum Zohor, sebab lepas Zohor tu terpaksa benti sebentar untuk bagi laluan bacaan tahlil dan doa selamat oleh jemaah Masjid. Ah lupa lak nak snap gambar lauk pauk, dan nama katering pun aku dah lupa nama apa..hahaha..maklumlah repeat order dua tahun sekali dan organized by MIL..hehehe
Last baby Dayyan Harith jumpa Nek Mi nya ni masa Raya Haji hari tu. Then hari ni baru jumpa balik. Berkerut gak dahi si kecik ni nak ngingatkan Nek Mi nya tu, then bila ingat, bukan main nak berdukung manja lagi.
Since baby Dayyan ni dijaga secara eksklusif oleh Mama Wan nya secara one on one, hanya event gini je yang aku boleh training dia berkawan. Risau gak, bila sampai masa nak masuk preschool, dia tak reti nak berkawan. Tak pun confuse nak geng dengan boy ke girl..haha..
So far, aku tengok baby Dayyan ni bolehla masuk geng. Tapi ada certain time tu, dia suka tarik rambut geng lain. Mungkin sebab dia tak biasa rasa kelembutan rambut baby lain, tengok kepalanya, kekurangan rambut. Lagi best, depan je banyak sikit rambut, belakang dah macam baru lepas kena cukur. Aku lak yang confuse, bila orang cakap 'rambut kena makan dek bantal'..suka lak bantal makan rambut ye..oooo...
Sejak mata dah 'celik' ni, pantang nampak camera mesti mata nak boolat ek. Lagi lagi bila nampak DSLR Nikon aku, itu yang difokusnya dulu. Iphone iphone ni dia dah tak layan..kihkih..
Sukanya aku bila ada budak-budak. Sebabnya, aku tak perlu nak dukung budak kecik ni lagi. Yeah, since seminggu diorang ada kat umah, save sikit tulang belakang aku untuk menggalas beban seberat 9kilogram ni..hehehe..baby Dayyan nampak tak montel, tapi since badan dia memanjang, memberi efek kepada berat total ok.
Ini Ahmad. Sepupu kepada Puan Nunu. Secara automatik , menjadi bapak sepupu kepada Dayyan Harith. Dayyan should call him, Pakcik Ahmad! Omg pakcik tu.
Masuk usia 7 bulan, bukan takat kaki tangan je laju bergerak, mulut baby Dayyan pun sama laju bergerak. Semua nak disuapnya masuk mulut. Bukan takat buah oren ni, kadang-kadang kalau terlepas pandang, karpet, selipar dapur ngan karpet lap kaki pun disuapnya masuk mulut. Ntah apa rasa, nak gak skali rasa apa best sangat karpet lap kaki kat dapur tu..
Puan Nunu & kawan blogger dia - Adia Ke? . Eh bukan aku tanya, tu memang tagline blog dia..hehehe..thansk for coming kak. Kak la kot, sebab Nunu panggil dia akak. Aku tahu dia blogger, sebab dia panggil aku JMR. Biasanya blogger je panggil aku JMR ni. Tapi ada gak bekas bos aku panggil aku ngan nama JMR. Maknanya dia baca blog aku. habesla...
Macam comel je. Macam cute je. Mini Muffin tajaan makcik belakang rumah. Ye betul, makcik belakang umah my MIL tu memang wat bisness muffin ni. Cute cute je, rasa pun sodap. Dia bagi dua kotak, which is sekotak tu ada lebih kurang 100 bijik. So dua kotak, 200 bijik. Aku ingatkan dah tak abis, sekali licin ok. Aku bajet ada orang makan nasi berlaukkan muffin ni kot..hahaha..tenkiu makcik!
Owh ni act meja untuk letak mini muffin tadi tu dan Puan Nunu ada letak gak sumi jeli+gula-gula kot. Alang-alang ada ruang, aku letak gambar-gambar baby Dayyan yang aku shoot previously. Dan masih ada ruang lagi, aku letak la baby Dayyan ni sekali. Kasi dia diam, sebab kalau dia gerak, memang jatuh ke bawah la..hahah..tu dah panas, pakai overall luar aje, t-shirt dah bukak sebab masam bau peluh..huihh..
Ni daddy Dayyan ye. Ramai cakap muka aku sama ngan Dayyan, atau muka Dayyan sama macam muka aku. Aku dah konpius, sebab aku takleh tengok muka aku sendiri kecuali depan cermin. Kalau sama, logik la sebab aku kan bapak dia..hahaha..
Dayyan Harith - 7 bulan. Semoga terus membesar dengan sihat, cergas, cerdas, bijok, hensem dan menjadi anak soleh yang mendoakan kesejahteraan daddy&mummy&famili. Dan insyaAllah bakal menjadi abang yang good kepada adik-adiknya.....tapi bila tu tak tahu lagi la kan..hahaha..
Terima kasih pada mereka yang sudi hadir tempoh hari.:-)
x
No comments:
Post a Comment