Hujung minggu tiba lagi, tapi tidak sepanjang minggu lepas kan? Ada plan nak bawa famili atau awek makan masakan arab? Meh aku nak recommendkan satu restoran arab yang aku kira berbaloi untuk dicuba.
Minggu lepas sempena hari jadi MIL aku, kami berkesempatan ke Restoran Marakesh yang terletak di Harbour Place, Klang. Marakesh menyediakan masakan Arab dan Morocco.
Terletak di tingkap 1 Harbour Place. Interior decoration memang cantik dan susun atur meja dan kerusi memang selesa. Ada ruangan dalam(non-smoking area) dan luar(smoking area). First impression memang tip-top dengan layanan mesra waiternya walaupun agak kureng fasi dalam English apatah lagi Bahasa Malaysia. Tapi dia cukup berikan layanan yang terbaik.
Since aku sorang je makan kambing, so aku order set Lamb Mandy. Set Lamb Mandi ni didatangkan bersama dengan sos/kuah yang aku tak pasti apa ke namanya, ‘sambal’ dan drink. Dengan harga Rm14.90, masih berbaloi dengan saiz portion yang banyak dan daging kambing yang lembut+sedap. Aku tak pasti camana diorang masak daging kambing selembut tu..*lelehairliur…
Baby Dayyan Harith bukan main excited masa ni. Mungkin deco kat dalam tu agak kalerful, lampu-lampu dan ada macam-macam corak yang menarik perhatian dia. Terpaksa didukung untuk bagi dia tenang dan menghayati suasana dalam restoran Marakesh ni.
Chicken Mandy untuk birthday girl. Kata Mama Wan, nasinya memang sedap dengan ayam yang dibakar lembut. Just ‘sambal’ tadi tu agak pedas baginya. Harga Chicken Mandy ni RM13.90 didatangkan dengan set seperti Lamb Mandy gak.
Mama Wan atau lebih dikenali sebagai MaMa Aini di blogsphere. Selamat Hari Jadi, semoga terus diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan berpanjangan. Dan terima tasih sebab jaga baby Dayyan sampai dia booolat..hehehe
Ni lak menu yang diorder oleh Puan Nunu. Macam sedap jer. Macam Enak je. Macam awak lak besday girl je..hehehe..Nama menu ni Shish Tawook. Maksudnya, ayam yang diperap dan dipanggang, dimakan dengan roti/nasi dan juga toum(pes bawang putih). Siap ada fun fries. Cara makan, makan sambil pejam mata ala-ala perempuan tradiosional arab kan? Dengan harga RM14.90, memang berbaloi dengan rasa dan nikmatnya la kan, cuma kalau dapat roti tu kasih lebih sikit, boleh la aku tumpang sekaki gak kan..hehehe..
Baby Dayyan Harith sangat manja dengan mummynya skang ni.
Masa kami menjamu selera di Restoran Marakesh ni, customer tak terlalu sesak. Kat area luar masih kosong, dan majoriti menjamu selera di area dalam. Mungkin sebab area luar ni berdekatan dengan dapur dan agak berasap. Cadangan aku, supaya dicover ruangan memasak tu supaya asap tidak bebas keluar ke area pelanggan menjamu selera.
Memang aku recommended Restoran Marakesh ini untuk korang yang mencari Arabic cuisine dan menginap di area Klang/Port Klang. Yela kan, daripada menempuh jamm ke luar kawasan, baik try kat sini. Mana tahu kena dengan selera korang.
Burppppp..alhamdulillah…
Note: Sebelum ni, Restoran Marakesh ni dikenali sebagai Restoran Noura. Lokasi yang sama.
No comments:
Post a Comment