Kalau ada yang minta aku pilih antara harta dunia dan famili, aku akan pilih famili sebab mereka adalah harta dunia&akhirat aku. Orang cakap, anak adalah harta dunia yang tak ternilai dan pelaburan akhirat yang paling efektif..faham tak maksud di situ? Kalau tak faham, bawak-bawak la memahami..hahah..
Hari ni adalah 23 Julai 2013..genap 3 bulan usia Dayyan Harith yang dilahirkan pada 23April2013. Seorang anak yang baik sejak dalam kandungan, tak banyak kerenah, bijok dan pandai berdikari(sebab kecik-kecik dah pandai hold botol susu sendiri..hikhik). Syukur kepada Allah sebab so far, baby Dayyan sihat, tak kena jaundice, atau demam sejak lahir. Aku doakan semoga dia terus diberikan kekuatan dan imunisasi yang terbaik untuk melawan segala jenis penyakit. Rezeki kami sekeluarga pun makin murah sejak dia lahir..alhamdulillah..
Baby Dayyan, penyeri hidup kami sekeluarga. Bukan aku dan Puan Nunu je, malahan seluruh famili besar aku. Nak-nak sekarang dia dah makin bijak memberi respon bil ditegur atau diagah. Terutamanya selepas dia menyusu dan bila rasa selesa. Tapi kalau dia ngah lapar atau membuang, janganlah ditegur, silap hari bulan dijerit dengan suara berpitching tinggi okkey.
Dah bapaknya suka shoot foto kan. Hampir setiap masa aku dengan dia, memang kamera kena standby. Sebab setiap saat pasti ada momen yang best untuk aku shoot. Dengan konsep maximumkan hasil tangkapan walaupun menggunakan minimum gear, hanya dengan Samsung Galaxy S3, pasti hasil shot ko akan sentiasa membuatkan kita tersenyum setiap kali menatap wajah suci seorang anak kecil kan…
The best moments from #DayyanHarith.
Happy 3 months..be a good boy okkey..
No comments:
Post a Comment