Sunday, 26 May 2013

Pengalaman terkacak – Suntikan kali pertama

23 Mei 2013 lalu, genap sebulan usia baby Dayyan Harith. Sekali lagi, appointment dengan PAED di Hospital Pusrawi KD digunakan sebaik mungkin oleh baby dan mommy juga untuk ’round-round’ melihat dunia luar..kihkih..mula-mula sampai, kena amik berat badan terkini luh.
Berat Dayyan selepas sebulan, kalau ikut penimbang tu 4.8kg lebih, tolak tambah blanket+seluar baju dan poo poo, nurse amik 4.7kg. Macam selesa je dok atas penimbang tu, nanti Daddy belikan satu letak kat rumah, lagi selesa dari dok atas riba orang kan..
 
Dah amik berat badan, tunggu turn untuk jumpa Dr.Syed, paedatrician yang men’jaga’ perkembangan Dayyan sejak lahir lagi. Bukan taknak bertukar ke hospital/klinik lain, sebab kitorang rasa baby Dayyan sangat selesa dengan cara Dr.Syed ni. Doktor check satu badan+ heart beat, ukur lilit kepala etc Dayyan sangat well behave. Terkini, body lengthnya dah mencecah 58cm..wah wah lebih 7cm panjang selepas lahir ye..
Ni masa Dr.Syed nak kasi injection untuk Hepatitis B. Dayyan agak malu-malu bila nurse cun tu bukak seluar dia nak aim tempat cucuk. Dan well-behavenya tercabar sebaik saje Dr.Syed inject kat peha. Terus menjerit sekuat hati dengan frekuensi+pitching yang memecahkan kesunyian bilik tu… “Thats very loud boy..” kata Dr.Syed secara spontan&melatah lembut..kahkah…
Satu tips yang aku belajar bila bawa baby berjumpa dengan doktor/paed..make sure baby kenyang dan pampers yang dipakai kosong dari segala najis. Pendek kata bagi conditionnya selesa.
Suntikan Hepatitis B adalah satu imunisasi yang diberikan kepada bayi selepas lahir. Suntikan ini diberi secara rutin untuk penghapusan primer untuk penyakit Hepatitis B.
Alhamdulillah, sangat bersyukur dengan anugerah Ilahi yang seorang ni. Doa aku semoga baby Dayyan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh yang boleh membimbing adik-adiknya nanti..wah ‘adik-adik’ gitu..pantang pon belum habis…hahaha..

No comments:

Post a Comment