Friday, 3 May 2013

DAY10: Dayyan Jaundice check up

2May2013||Hospital Pusrawi Kota Damansara.
Hari ni Dayyan dah genap 10hari. Sekejap la plak rasa masa berlalu. 
Dan hari ni gak Dayyan ada appointment dengan Pakar Perunding Kanak-kanak di Hospital Pusrawi Kota Damansara untuk check jaundice level atau tahap kuning bayi yang baru dilahirkan. Risau gak, sebab 3,4 hari sebelum ni, memang nampak ketara, kulit Dayyan agak kekuningan. Tapi kalau ikut kata tukang urut yang mengurut Puan Nunu, kuning Dayyan tahap biasa, biasalah baby baru lahir..tapi aku dan Puan Nunu tetap risau okkey..mana tao kot-kot tinggi la level kuning dia, tak pasal-pasal kena tahan di wad hari ni kan..
Appointment dengan PAED Dr Syed pada jam 2.00petang. Kitorang sampai tetap pada masanya. Tapi Dr Syed masih sibuk dengan urusan kelahiran baru. Dayyan is a boy. Dan boy is kuat minum susu..haha..nasib baik ada bawak bekal susu ibu yang siap dipam..kalau tak, mahu satu hospital ‘terhibur’ dengan suara high pitching dia kan..*haru..
First2 sampai, nurse timbang berat Dayyan untuk hari ini. Masa lahir, berat Dayyan adalah 3.1kilogram, dan selepas 10hari, beratnya mencecah 3.7kilogram..Good Job son! Then, nurse amik suhu badan..Alhamdulillah, suhu badan normal untuk hari ini..
Seterusnya, sesi konsultansi dengan Dr.Syed. Aku suka dengan style Dr.Syed ni, cakap laju giler dan informatif. First dia check up kepala, since Dayyan ni terpaksa menggunakan teknik vakum..so far, kepalanya makin kembali kepada bentuk asal. Then, check up jaundice level. Alhamdulillah, levelnya rendah dan tidak perlu diambil darah. Then, Dr.Syed bukak baju si Dayyan ni, check heart beat, perut, ada bebirdnya. So far semua okkey..Dan masa ni aku bajet Dayyan dah bengang ngan Dr.Syed ni, dijeritnya dengan suara high pitching, kelam kabut Dr.Syed nak button balik bajunya..hahaha..Oh My boy!
Dah setel sesi check up dan bila dah rasa secured, barulah boleh tidur dengan nyenyak kan?:-p
Mummy should thank to Dayyan, sebab Dayyan bawak mummy keluar rumah selepas 10hari terperap dalam rumah sempena sesi berpantang selama 44hari..hehehehe..

No comments:

Post a Comment