“Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya”
Seikhlasnya, daripada saat “aku terima nikah..” sehinggalah ke saat setahun selepasnya, yakni hari ini, terasa sangat cepat masa berlalu. Terasa tanggungjawab seorang suami kepada seorang isteri masih belum disempurnakan untuk tahun pertama ini. Paling terkesan, ‘ruang masa’ yang patut menjadi hak isteri, selalu ‘dicuri&diragut’ demi komitmen&tanggungjawab pada tugas yang dipertanggungjawabkan. Namun, seingat aku, tidak pernah sepatah kata ‘negatif’ atau keluhan pun yang keluar daripada mulut isteri aku a.k.a Puan Nunu sepanjang aku menyetelkan tugas yang dipikul di luar kawasan, baik di laut dalam mahupun di daratan. **Bos,upatutthanxtomywife..kihkihkih..
Kepada SAYANGKU COMEL UCUK-UCUK INTAN PAYUNG HOKALOH,
Terima kasih sebab jaga saya dengan amat baik sepanjang 1 tahun yang lepas. Dan saya tahu, awak boleh buat untuk tahun-tahun yang seterusnya…
Terima kasih sebab bagi ‘pinjam telinga’ sepanjang 1 tahun yang lepas semata-mata mendengar bebelan&kata-kata saya yang selalu boleh buat telinga awak berdarah. Dan saya tahu, telinga awak adalah yang terbaik buat saya untuk tahun tahun yang seterusnya..
Terima kasih sebab bagi ‘kaki&tangan’ sokmo apabila saya perlu. Nak-nak time saya demam, sanggup bangun malam-malam semata-mata nak tukar kain basah di dahi dan pastikan saya makan ubat on time. Paling terharu, masa mengandung pun, awak sanggup tunggu saya balik dari outstation, siap masakkan mi goreng terbaik even saya hanya landing di rumah pada jam 1.00pagi..
Terima kasih sebab menjadi teman, rakan, sahabat, pengkritik, partner & isteri yang terbaik untuk saya untuk setahun ini. dan insyaAllah, saya tahu awak mampu menjadi yang terbaik untuk tahun tahun yang seterusnya hingga ke akhir hayat..
Ahh..banyakla plak kan nak taip satu-satu kan kalau nak deliver rasa terima kasih saya untuk awak.. tapi itulah hakikatnya&saya harap awak tahu.. saya tahu awak dah cuba buat yang TERBAIK untuk saya&si kecil..TERIMA KASIHHHH!!!! (sila baca alleycat style..)
Yang Benar,
ABANG
Hari-hari adalah hari istimewa. Tapi hari ni lebih sikit istimewanya. Satu, of kosla sebab ulangtahun perkahwinan kami. Lagi satu, sebab plan awal, aku patutnya masih berada di salah satu Gas Plant di Kertih. Dah pasrah sebenarnya kalau terpaksa beranniberseri di worksite. Tapi, sangat terima kasih untuk team aku yang bertungkus lumus kerja sampai lewat masa semata-mata nak setelkan kerja pada petang jumaat semalam. Tu pun selepas aku buat cerita sedih sebab terpaksa sambut 1st anniversary dalam plant..kahkahkah..so, today 9th March,and I’m home!!! Thanks teammates! Dapatla aku berdetim ngan Puan Nunu..
HAPPY 1ST ANNIVERSARY SAYANG
SAYANG AWAK SOKMO!
JMR:0939HR:9.3.2013
No comments:
Post a Comment