Monday, 31 December 2012

Majlis Aqiqah Amanda Qaisara

28 Disember 2012 || Besut, Terengganu.

“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama”.

(Hadith riwayat : Ahmad dan Tarmizi)

Majlis Aqiqah Amanda Qaisara

28 Disember 2012 || Besut, Terengganu.

“Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama”.
(Hadith riwayat : Ahmad dan Tarmizi)

Amanda Qaisara bt Fakhuradzi dilahirkan pada 17.08.2012 di Gifu,Jepun. Merupakan anak sulung adik aku & merangkap cucu pertama kepada umi&ayah aku. Dah namanya cucu sulung, keeksaitedan makcik2 & pakcik2 memang terserlah, tu belum dikira keeksaitedan tok nenek dia dapat cicit lagi.
Nak menambahkan lagi kegembiraan tu, satu Majlis Aqiqah telah berjalan dengan jayanya dan juga untuk Majlis Doa Selamat untuk next cucu umi&ayah aku, insyaAllah April 2013:-)
Baby Amanda semasa ‘diarak’ untuk dikenalkan kepada jemaah. Muka excited+terkejut  okkey, almaklumlah baru bangun tidur, keluar je bilik, tengok-tengok orang ramai, berkopiah dan berkain pelikat, sambil berselawat, pakcik-pakcik dok pegang ubun-ubun. Kat Jepun memang tak jumpa la pakcik dressing cam tu kan. Dalam hati Amanda, ” Mana diorang semua ni datang????“.. Last-last, dari dapur dah jelas kedengaran teriakn si Amanda ni, rimas agaknya pakcik-pakcik dok pegang ‘jambul’nya…:-p
Amanda, ” Samekom pakcik..eh pakcik ke atok nih??”
Bersama mummy & dayang-dayang pengasuh sepanjang berada di Besut. Dah balik Jepun nanti, mesti Amanda rindu makcik-makcik. Balik tahun depan, harap-harap dia kenal makcik-makciknya ni esp Mak Longnya yang makin membulat..kihkih..
Semoga menjadi anak yang solehah, bijak dan membesar dengan jayanya- Ayah Long.

No comments:

Post a Comment