Tuesday, 27 November 2012

November Trip: M03 Platform

6/11 ~ 21/11/2012 M03 Platform, Sarawak Waters.
Fuhh.. tarik nafas lega luh. Paling lega sebab berjaya setelkan job dalam jangka masa yang dirancang. Kalau tidak, kompom tersangkut kat tengah-tengah laut tu lama lagi.
Sudah menjadi lumrah aku tahun ni, setiap dua bulan, pasni merempat kat tengah laut. Ok la kan, kalau ikut planning awal tahun, setiap bulan memang kompom kena naik ke platform di perairan Borneo nih. Nasib baik, ada sorang lagi engineer yang boleh assist aku untuk setelkan job di Borneo nih. Give and take. Aku takleh naik, dia akan gantikan. kalau aku ada hal lain, dia akan take over job aku. Thanks bro!
Ok, untuk trip kali ni, aku perlu setelkan kerja dalam kuantiti yang paling banyak di Platfrom M03. Oh ye, platform ni antara platform yang paling jauh dari darat selepas Platform M01, dikendalikan oleh Sarawak Shell Berhad. Since travel menggunakan chopper disuspend akibat satu insiden, terpaksa menggunakan Fast Crew Boat dari Shin Yang Wharf yang mengambil masa selama 9jam. OMG..At the end, aku selamat gak sampai ke sana tanpa muntah-muntah. hehehe..
Kerja harian aku di platform ni selalunya bermula di bilik ini, Control Room. Kadang-kadang menjadi tempat lepak budak-budak FGS system yang datang dari pelbagai kompeni. Gelak tawa ngan lawak-lawak songsang budak-budak kat sini, sedikit sebanyak boleh menghilangkan rasa tensen dan rindu kat bini..hahaha..
Kawan lama dan kawan baru. Even berbeza bangsa dan budaya, tapi tetap dengan tujuan yang sama – ‘Kami mahu demob to Miri cepat-cepat’..hehehe.. end up, si Simon (coverall hijau) gak yang masih tersadai di platfrom sampai ke hari ini..hehehe..
Salah satu hobi aku di waktu senja. Nasib baik trip kali ni aku bawak S3, leh la hilang boring petang-petang. Nak gi ke gym, kompom penuh gym ngan abang-abang ketak. So, aku just lepak belakang barge, sambil snap scene matahari terbenam. SubhanAllah..kalau petangnya panas terik, kompom senjanya cantik dengan kaler ke’oren’an..*keorenan??
Drilling-Riser Area Platform dari PCR Barge. Hari-hari dok ulang-alik dari sini ke sana. Rilex ajo..ni nampak ombak tenang je kan. Saje nak bagitau, dua hari sebelum aku snap gambar ni, keadaan ombak amatlah ganas, leh cecah setinggi 3meter lebih. Dan mengikut prosedur, bila rough sea sebegitu, sumer kerja perlu dihentikan. walawey, dok lepak bilik TV la selama dua hari tu..freetime okkey!
Ni plak aktiviti dir waktu tengah malam. ops bukan aku. Biasanya budak-budak kitchen nyer aktiviti. Yang lain-lain sebagai pemerhati bebas aje. Dah namanya laut dalam, takat ikan merah 10 kilo, ikan tongkol 15kilo tu biasa ajo. Pernah diorang dapat ikan kerapu seberat 40kilo beb. Gile kentang. Makan besar diorang kat mess room woo..
Selepas lebih dua minggu tak jejak tanah, finally berjaya gak book seat untuk Fast Crew Boat ke Miri. Tak silap aku, lebih kurang 50 orang gak yang berangkat pulang. Ada yang pulang selepas 40 hari di, ada yang pulang selepas hampir 2 bulan tak jumpa anak bini..fuh, takleh nak imagine kalau aku kena bertugas lama giler babeng kat tengah-tengah laut nih. not my taste kot..hehehe..paling lama aku leh dok sana pon dalam masa 3minggu lebih je, tu pon dah rasa cam ‘weng-weng’ hidup nih..hahaha..
Ok, untuk travel ke darat kali ni, semuanya berjalan dengan baik. Cuaca ok, angin ok, ombak ok, performance bot ok, petrol ok..argh sumer ok la. Natijahnya, berjaya cecah darat sebelum perjalanan menjadi 9jam..lebih kurang 8 jam 45 minit gitu aa..

Akibat kelesuan dan ada gak yang mabuk laut, masing-masing tersadai kat main deck bot ni. Sebenarnya, accomodationuntuk FCB ni memang terbaik. Dengan seat dan aircond. Cuma problemnya masa ni, aircond kat dalam tu terlampau sejuk woo..last-last pakat dok menghirup udara segar laut kat luar ni. Nyaman seyh!


Eh..ada yang tanya aku, dok jauh lama-lama dengan bini, tak rindu ke? Giler ko tak rindu, nasib baik ada phone satelit VSAT, leh la call Puan Nunu hari-hari. Jangan taktao, hari-hari gua call bini gua okkey! hehehehe…
Jauh perjalanan, luas pengalaman kan..
Enjoice!

No comments:

Post a Comment