Monday, 12 March 2012

Terima Kasih Part 1

Minggu ni adalah minggu yang ‘agak lega’ bagi aku. Salah satu sebabnya coz of majlis ijabkabul aku&Puan Nunu telah pun selamat dijalankan bermula pada jam 10pagi, 09032012 yakni hari Jumaat yang lepas. Majlis hanyalah secara kecil-kecilan yang hanya melibatkan famili kedua-dua belah pihak. Mohon maaf juga kepada sahabat-sahabat yang send sms ala-ala majuk. kihkih..Bukan taknak menjemput, tapi memandangkan pada masa itu adalah working hours, jadi aku simpan dulu jemputan itu untuk majlis yang akan berlangsung pada bulan 5 ni, khas untuk semua.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat, terutamanya family aku&Puan Nunu yang datang dari jauh mahupun dekat! We LOVE you all lahss!

“Hello Lofa, maafkan abang..”..ahh, malas ar aku nak cerita panjang+babak sedih nih, jom layan gambar lain kat bawah nih. Cerita ikut part ye, sambungan nanti ada lagi, banyakk ko, blog aku so suka hatilah aku nak up banyak-banyak..hahaha..enjoice!

Taklimat daripada ketua rombongan a.k.a Cik Ngah.:-)

 

Walaupun agak berat, tapi adik perempuan sulung aku a.k.a Cik Ina yang sanggup mengangkutnya demi henbeg seraya berdoa Puan Nunu bagi henbeg tu padanya. *berdoa dan terus berdoa..

Team pengangkut barang hantaran diketuai oleh adik laki aku a.k. Fayu sambil diiringi oleh isteri, Syikin.(mohon readers doakan kesihatan adik ipar aku&baby dalam kandungan  yang  mengalami pendarahan selepas terlibat dlm kemalangan kecil 2,3hari lepas:(…)

Adik bongsu aku a.k.a Cik Uha, dengan penuh hormat membuka pinta untuk makcik kesayangan a.k.a CikSu..sopan lak nengoknya..

Taklimat terakhir daripada ketua rombongan a.k.a Cik Ngah kepada ketua pengangkutan barang-barang hantaran a.k.a Fayu.

Tenkiu juga kepada kazen aku a.k.a Abg Bakti kerana menyertai pasukan pengangkut..eh eh Kak Ayu tu lak macam a bit confuse..tak cukup taklimat lagi kot daripada ketua rombongan..:-p

‘Cepat-cepat..kita dah nak gerak, anak jantan aku dah tak sabar tu…’ kata ummi pengantin a.k.a Ummi Aku le tu!:-p

“OK! Kami dah ready. Jom kita ke Kg Idaman” kata-kata penuh semangat daripada ketua pengangkut barang hantaran dan disahut oleh team member pengangkut yang lain..’aum aum aum…” 

Pengerusi Besar Rombongan yang macho+ensem macam anak dia tengah sibuk mengira total ahli rombongan, kot-kot ada yang sesat ke tempat lain. Perasaan aku masa nih? Pehh, giler ko tak nerves! Barang-barang hantaran semua cukup ke idak dah tak pedulik, yang aku ingat, masa ni dok sibuk menghafal ‘nama pengantin pompuan’ dan juga ‘mas kahwin’..kot-kot tersangkut der!

TERIMA KASIH kepada semua yang menyertai rombongan JMR dari Kota Damansara/Pantai Dalam/Kuantan/Besut ke Kg Idaman, Port Klang!

~bersambung…

No comments:

Post a Comment