24 ~ 25 Mac 2012 : Cameron Highland, Lost World of Tambun, Sepang International Circuit
Breakfast di puncak Cameron Highland sebelum meneruskan perjalanan ke Tambun, Ipoh.
Sesekali mempunyai masa terluang, dan hujung minggu yang lapang, apa salahnya berkongsi kegembiraan dengan insan tersayang. Selama dua minggu bergelar suami isteri, baru last weekend kami berpeluang menghabiskan hujung minggu bersama dengan melakukan aktiviti yang dihajati oleh si isteri. Mengambil nasihat daripada Suami Contoh 1Malaysia supaya selalu menggembirakan hati isteri, insyaAllah will give my best for her:-)
Terima kasih kepada Our Cute Senior yang menyeponsor percutian kami ke Lost World of Tambun kali ini. Bersantai di tepi kolam air panas di waktu malam sambil mendongak ke langit memerhatikan bintang-bintang..terbaek!
Lost World Hotel..good service, good food, good facilities etc..tapi kalau wifi lagi laju, mesti lagi syiookk..hehehe..
Dari Ipoh, kami terus ke SIC, Sepang. A big thanx kepada sorang lagi Our Cute Senior a.k.a Sis Diyana yang bagi 2 tixs GrandStand ke F1 Malaysia Grand Prix2012. Puas hati melayan nikmat deruman enjin berkuasa tinggi dengan suasana dramatik litar basah & kering..
Burpp..kehidupan selepas memegang status baru ni rupanya lebih indah daripada dijangka. Bak kata orang, setiap detik ibarat mencipta kenangan baru untuk tatapan di hari tua. Patutlah antara tips untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, adalah dengan selalu menghabiskan masa bersama di luar tempat kediaman.
Sekarang aku dah faham.......;-)
Alhamdulillah, syukur aku dengan nikmat olehNya...:-)
* tak sabar menanti percutian bulan madu sebenar..hehehe:-)
No comments:
Post a Comment