Travelog untuk kali ini, bagi aku agak rare berbanding yang lain. Rare tak rare belakang cerita, janji aku selamat pergi, dan dah pun selamat pulang. Dan ini juga merupakan perjalanan yang agak panjang, eh malah dirasakan giler-giler panjang sebab selama 10 hari, hidup tanpa internet!. Nasib baik masih ada panggilan telefon..dan chenel Astro tetap ada beb.
Cerita bermula dengan perjalanan selama 6jam dari Shin Yang wharf, Miri menuju ke salah satu platform Shell di perairan Laut China Selatan. Terima kasih kepada Novomin sebab kalau tanpa dia, kompom aku mabuk. Eh Novomin tu seasick pill le! Kalau tak, memang muntah barang dua tiga kilo le.
Katil aku sepanjang 10 hari di sana. Syukur le kan daripada tidur beralaskan lengan saje. Siap didodoikan secara alam semulajadi mengikut ayunan ombak lauk. hehehe..
Koridor dah macam kat hostel dulu, yang bezanya kat sini sentiasa bersih. Aku suka. Mesti korang tertanya-tanya, kenapa sepanjang koridor tu ada tempat berpegang kan? Yela, semasa gambar ni diambil, keadaan di sini bergerak ke kiri, ke kanan, ke depan dan ke belakang, ikut suka hati dia jer!
Alhamdulillah..even dijadikan tempat yang selesa untuk lelap mata, tapi kat sini la aku belajar berjemaah di rakaat pertama, 5 kali sehari semalam. Tak pernah miss okkey!
Di waktu senggang, untuk menghilangkan kesunyiaan dan kerinduaan pada darat. Besar-besar woo ikan kat sini. Campak setong sisa makanan, segerombolan ikan ntah apa spesis datang. Kalau campak diri sendiri, kompom kejap je lesap..
Production area. Yang putih-putih tu living quarter. Nampak cam dekat je kan..berenang pon sampai kan? Jangan harap..
Production area ni la tempat aku dok duk termenung dan menghitung hari..hahah..tapi series seronok! Lagi seronok dari dok gi Europe..
Masa yang ditunggu sudah tiba. Disebabkan nak tunggu chopper sche lambat sangat, redah je naik ni lagi. Lagi pon memang dah sedia ada, kepala otak ngah berombak-ombak lagi. So, tak kisah sangat.
Kadang-kadang rasa macam balik kampung berhari raya pun ada gak. Feel dia lain sikit masa nih. *sebak..
Alhamdulillah. Sampai sudah di darat. Agak-agak apa rasa orang yang terpaksa berada di tengah lautan selama berbulan-bulan lamanya ek? Ada orang cakap, kalau orang gitu, memang unik dan kepala otak pun memang akan masuk air..kihkihkih..apa-apa pun, ianya memang satu pengalaman yang terindah! Cubalah..
* tak sabar nak tunggu the next trip, selepas setel segala-galanya di sini..
No comments:
Post a Comment