Tuesday, 30 August 2011

1 Syawal 1432h

Assalamualaikum korang!
1 Syawal korang, amacam? Best?
Yup, sangat best. In fact, bagi aku setiap kali 1 Syawal menjanjikan keistimewaan tersendiri. Masing-masing punya perancangan dan aktiviti tersendiri, tapi pasti ada persamaan apabila menjelang 1 Syawwal – solat sunat Aidilfitri. Dan pagi tadi, aku bersama muslimin dan muslimat di sekitar kampung aku dapat bersama-sama berkumpul menunaikan solat sunat Aidilfitri. alhamdulillah~
Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar,
Allahuakhbar Walillahilham..

4 orang geng sejak daripada sekolah rendah, Daus, Faisal & Wan Nor Azam. Percaya tak percaya, setahun sekali je kami dapat berjumpa. Soalan pertama selepas berjabat salam,     
Guane bro, nikoh ko dok lagi?“..
masing-masing geleng kepala..kahkahkah..
Status masa skang ni, semua masih single. InsyaAllah tahun depan semua tukar status. Oh ye, sepatutnya ada dua orang lagi, Khalid Aziz & Junid!
………………..UPLOAD hasil lantakan aku pada syawal ni, tangguh luh. next entri le ek. Aku up aktiviti malam raya utk budak dan juga bapak budak di kampung aku.
Monolog aku, “ Manalah diorang dapat supplier bahan bakar ni sumer ???”..aku saspek geng-geng Israel yang supply bedil roket secara berlebihan kat budak-budak kampung aku nih kot..dari Isyak sampai tengah malam tak habis-habis lagi supply diorang nih. Aku nak tengok Nur Kasih nih!! dem…grrrrr
enjoice!

No comments:

Post a Comment