Thursday, 29 July 2010

JMR Jr dalam REMAJA

Hai remaja di luar sana.. Dah beli REMAJA edisi 1 Ogos? Kalo belum, dapatkan sekarang di pasaran. Yeah, promote luh kejap. Bukan apa pon, kan REMAJA skang ni berwajah baru sempena ulangtahun yg ke-27. Uishh..dah 27tahun ke, sama baya ngan aku rupanya..hahaha..Tapi tetap no1 kan di pasaran. Opss bukan aku la, tu ha, majalah REMAJAla.
Erm, kalo 27tahun, masih berstatus remaja ke tak ek? Relevankah bukan remaja baca majalah REMAJA nih? Pendapat aku, tak salah pon kalo yang bukan remaja masih berminat membaca REMAJA nih. Tak  terbatas pon , kalo yang bukan remaja atau lebih tepat dipanggil dewasa atau golongan veteran pon membaca majalah REMAJA nih. Ilmu-ilmu & tips-tips yang dimuatkan dalam setiap edisi pon tiptop untuk diamalkan oleh semua golongan. kan. Lagipon, banyak benda baru yang disediakan untuk pembaca oleh team REMAJA yang penuh berdedikasi untuk menghasilkan yang terbaik untuk setiap edisinya. 
Rasanya, rata-rata antara korang ni pernah membaca atau pon beli majalah REMAJA ni kan. Kalo tak pernah lagi, pergilah beli edisi 1Ogos nih. Berwajah baru uollss..
JMR dh beli? Belum..tapi aku dah ada, dah ada orang belikan la. Tenkiu sponsorku!


Tengok tu, dapat je REMAJA tu, terus cari seat nak dok best-best sket. Even aku dah tak ngaku aku masih berstatus remaja, tapi takpe, jiwa&semangat aku tetap remaja. Wah gitu. Hahaha..Weih korang, janganlah gelakkan aku lak. Membaca kan amalan mulia. Jadi, aku bacalah majalah ni, lagi pon…..ermm..haahh..tara..

majalah remaja


hahah..sebab ada muka sendiri la! Tu yg bertambah teruja nak dapatkan awal-awal REMAJA edisi 1Ogos nih. Besar gedabak lak gambar tu. Sogan i..
Pape pon, bak kata ariffshah“pengalaman jadi artis!” Sunggu teruja tengok gambar sendiri dalam majalah popular yg ada kat rak-rak buku di MPH, Borders dan kedai-kedai di serata Malaysia. Ermm..Artikel ini mungkin sesuatu penghargaan untuk diri JMR & juga mungkin sesuatu pencapaian yang bukan sekadar untuk dikongsi bersama pembaca, tapi juga dijadikan cabaran untuk masa depan.Ya, pengkongsian drp seorang yang bukan remaja untuk remaja di luar sana. “Tiada benda senang, jika mahu hidup senang”
Terima kasih pada Jue Dahari, wartawan dari team REMAJA yang menulis artikel tu. Aku suka baca ayat-ayat yang diolah olehnya. Aku rasa, input aku kasi sikit je, tapi dua mukasurat karangan dia leh tulis. Cayalah. Mesti top scorer kertas BM ni kan. hehehe..pasal tajuk entri ni, JMR Jr tu adalah disebabkan oleh gambar-gambar tu sumer adalah 7tahun yang lepas. Tu pasal tak sama ngan yang skang nih..Kiranya JMR Jr ni adalah aku pada zaman muda-mudi luh..hahahahah..
Apa tunggu lagi wahai remaja di lua sana. Eh, bukan remaja pon leh dapatkan gak. Edisi berwajah baru tao, yg kat depan tu gambar Liyana Jasmay. Teringin gak nak jadi coverpage REMAJA ni, leh tak Jue?hikhik..camana la rasanya kan kalo coverpage tu gambar kita ek? Agak-agak kan, korang rasa apa?Best tak?……….:-)

No comments:

Post a Comment